Elyana nak pergi dulu, suami terkesan “Saya taknak dia cakap siapa pergi dulu”

2,952 views

Beberapa hari lepas, sempena hari bapa, ucapan yang ditulis oleh Elyana kepada suaminya membuatkan ramai yang sayu apabila penyanyi ini berharap dia akan pergi terlebih dulu sebelum suaminya.

Ini tulis Elyana: “Bonda kerapkali berdoa, biarlah bonda ni yang pergi dulu sebelum ayah. Kerana bonda tak boleh hidup dan akan rasa tak best kalau tak ada ayah.”

Suami Elyana, Khairul Anuar Husin akui dia agak tersentuh apabila membaca ucapan yang ditulis oleh Elyana.

Tentunya ayat dia nak pergi dulu tu dah menjentik emosi saya. Memang saya rasa sayu, sedih dan terusik.

Jika boleh saya tidak nak Elyana cakap siapa pergi dalu. Sebab soal ajal ni semuanya adalah kuasa yang berada di tangan Tuhan. Kita tak nak jangka siapa akan terlebih dulu dijemput illahi.

Yang terpaling penting, saya nak Elyana teruskan untuk berjuang lawan kanser limfoma ni.

Sebelas tahun berkahwin, sebagai suami, Khairul Anuar akui, Elyana memang seorang yang amat cekal melalui setiap hari dengan tabah.

Saya tak sangka Elyana telah jadi sekuat seperti ini. Setiap hari saya tengok dia berjuang melawan kesakitan.

Kadangkala saya tertanya-tanya macam mana isteri saya ni boleh jadi kuat macam ini. Semangatnya memang tinggi.

Memang dia pun pernah down, tetapi Elyana jenis orang yang tak nak orang lain tahu dirinya sedang dalam kesakitan. Dia nak tanggung sendiri.

Bercerita tentang rawatan radioterapi yang sedang dijalani oleh Elyana, Khairul Anuar memberitahu Elyana terus tabah walaupun banyak kesa sampingan.

Kesan radioterapi boleh buatkan dia rasa loya, muntah, batuk tak berhenti. Rawatan ni buat rasa memang panas dan ambil masa lama, berjam-jam.

Elyana pula ada gastrik dan ulcer, saya kesian tengok dia. Ada masa, memang isteri enggan nak buat rawatan. Tetapi dia tetap teruskan juga.

Apapun Khairul Anuar mengatakan memang ramai yang menyayangi isterinya dan meamng sering menerima hadiah.

Tentang keadaan terkini, Elyana dikatakan kadangkala perlu bantuan oksigen sebab dilihat sering batuk dan pernafanan tak berapa stabil. Selain itu Elyana juga diberi susudi masuk melalui saluran ke dalam badan kerana berat badannya yang terlalu ringan.