Pelakon Zul Ariffin telah mengaku salah dimahmakah kerana muatnaik satu video bersama pelakon wanita dengan aksi yang tak sesuai untuk tontonan umum.
Zul Ariffin telah dikenakan denda sebanyak RM30ribu kerana pengakuannya itu.
Jelasnya, dia mengaku salah kerana tak mahu memanjangkan hal ini dan berharap ianya akan menjadi pengajaran untuk orang lain terutama pelakon lain di masa akan datang.
“Kita ni semua pun ada buat silap, sekurangnya hal ini akan menjadi pengajaran kepada orang di luar sana pengajaran serta kepada pelakon-pelakon lain.”
“Kalau ada yang suruh muat naik tu tak payah akur sangat. Kalau disuruh muat naik apa-apa kandungan, tidak perlulah beria sangat.”
“Jika diminta untuk buat promo, minta jadi berhati-hati dan lihat saya sebagai contoh.”
Ditanya tentang tindakan selepas ini, Zul Ariffin berkata tiada apa yang akan dilakukan dan ada menyebut perkataan malaikat.
“Tidak mengapalah. Lepas ni pergi makan, saya dah lapar. Tiada tindakan apa lagi dari saya sebab lain yang terbabit semua malaikat, saya seorang saja tidak.”
“Pesanan saya, kena hati-hati dengan godaan majikan dan tentang drama itu akan ditayang atau tak, saya memang tak tahulah, kena tanya ‘malaikat-malaikat’ yang berkarya. Jangan tanya saya, sebabnya saya pun dah kena denda.”
Melihat penggunaan perkataan malaikat itu, penerbit drama berkenaan iaitu Erma Fatima tampil memberi persoalan kepada Zul Ariffin.
Kata Erma, tak perlu guna terma siapa malaikat atau sebaliknya. Malah Erma Fatima juga tertanya siapakah yang suruh Zul Ariffin muatnaik vvideo berkenaan.
“Hanya dia saja yang tahu, dan lebih mengetahui apa yang dia cakapkan dan mengapa dia buat sedemikian.”
“Dalam hal ini, tak ada siapa malaikat dan tiada siapa syaitan.”
“Ianya merupakan tanggungjawab terhadap karier. Saya percaya Zul ada tanggungjawab menjadi pelakon dan pengarah juga ada tanggungjawab mengarah. Saya yang merupakan penerbit juga ada tanggungjawab tersendiri.”
“Jika dia kata orang lain malaikat, saya pun tak tahu siapa malaikat yang dimaksudkan.”
“Ini bukannya masa untuk nak tuding jari kata engkau syaitan aku ni malaikat bagai.”
Kata Erma Fatima, pelakon juga mempunyai otak dan mampu berfikir untuk melakukan sesuatu.
“Pelakon ada otak untuk fikir, apabila buat sesuatu itu berdasarkan kewarasan kita. Kita tidak akan memperbodohkan diri sendiri untuk melakukan sesuatu atas arahan sesiapa pun. Dia sendiri harus fikir.”
Erma Fatima bertanya kembali kepada Zul Ariffin, siapakah yang minta dia muatnaik video berkenaan.
“Saya tak mampu cakap apa lagi, dia yang muat naik dan dia saja yang tahu mengapakah dia buat macam tu dan siapa yang suruh buat begitu.”
“Bagi saya bukan Zul seorang saja yang bersalah. Namun begitu, dirinya yang muat naik, jadi siapa yang suruh muat naik video berkenaan.”
Itulah kenyataan dari Zul Ariffin dan juga Erma Fatima tentang hal ini.