Astro ambil tindakan, ramai mengadu telatah Elly Mazlein ganggu fokus peserta sedang menyanyi

5,957 views

Pengacara baru pentas Gegar Vaganza iaitu Elly Mazlein atau Kak Lina Pom Pom dilihat begitu lincah di atas pentas selama tiga minggu ini. 

Pada Ahad lalu, Kak Lina ada turut serta dan masuk menari bersama ketika dua persembahan peserta iaitu Fuad Rahman dan juga Jaclyn Victor. 

Ketika menyanyi, Jaclyn Victor telah tertawa melihat telatah Kak Lina yang baginya amat lucu itu. 

Namun ternyata bukan semua suka apa yang Elly Mazlein lakukan itu. Ada penonton mula rasa telatah Elly Mazlein itu agak keterlaluan dan perlu dikawal. 

Apatah lagi ianya didakwa telah menggangu serta menjejaskan persembahan dari para peserta Gegar Vaganza. 

Selain itu, sikap Kak Lina yang seringkali menyampuk ketika juri nak beri komen juga menerima teguran dari penonton. 

Ini antara komen dari penonton yang kurang senang dengan tindakan Kak Lina Pom Pom. 

“Elly Mazlein kena belajar dengan Jihan untuk persembahan pentas, tak boleh asyik nak buat hal, kena kawal diri juga. Kesian pula lihat Nabil nak kawal.” 

“Kak Lina kena kurangkan interrupt masa juri bagi komen dari juri kepada peserta. Kena jaga batas sikit nanti orang mula rasa meluat.” 

Melihat isu ini seringkali dibangkitkan orang ramai dan penonton, akhirnya pihak produksi mengambil tindakan. 

Pengurus Saluran Astro Ria iaitu Idlan Zahari, memberitahu bahawa pihak Astro dah mula menerima pelbagai komen dan akan mendengar setiap pandangan dari penonton tentang hal ini. 

“Apa terjadi di malam Ahad tu sebenarnya tak dirancang. Ia spontan dari Kak Lina. Ada bahagian dia menari keluar masuk tu sepenuhnya tak ada kawalan.” 

“Kami dah pun ambil maklum setiap komen daripada para penonton. Apapun ini merupakan pertandingan dan kami harus pastikan ia tak ganggu persembahan peserta.” 

Ini tindakan awal yang akan diambil oleh Astro. 

“Saya tahu ramai orang luah pendapat dan kami juga akan memberi nasihat kepada Kak Lina juga. Harapnya minggu depan dengan tema kerohanian, semuanya akan jadi terkawal.” 

“Dari pihak saluran, kami nak seimbangkan nilai hiburan dan tak nak menjejaskan persembahan mana-mana peserta pun.” 

Itulah kenyataan dari pihak Astro tentang hal ini. 

Sebelum ini, Jaclyn ada menyatakan dia tak terganggu dengan kehadiran Elly Mazlein di atas pentas, namun rasa terhibur melihat Elly membuatkannya tak sengaja ketawa semasa menyanyi.