Fazura upload tiga gambar baby Fatima Aisha, sampai Acha Septriasa pun komen

23,430 views

Lama dah tunggu, akhirnya semua pihak dapat juga tatap wajah anak sulung pasangan popular Fazura dan juga Fattah Amin.

Pada jam 12 tengah malam, sempena hadirnya hari baru di tahun yang baru 2021, Fattah Amin dan Fazira telah upload sekeping foto menunjukkan wajah Nur Fatima Aisya.

Gambar berkenaan, dimuatnaik di tiga IG sekaligus, Fazura, Fattah dan juga satu lagi IG khas untuk anak mereka itu.

Happy new year 2021. Salam tersayang dari satu family, Fattah, Fazura dan juga Fatima” Itulah caption ringkas yang ditulis oleh Fazura.

Kalau dikira kembali, kini dah masuk dua bulan umur Nur Fatima, barulah semua dapat tengok wajah cute budak ni.

Setelah diupload, habis viral terus gambar tersebut. Sehinggakan dalam masa kurang dari 12 jam sahaja dah hampir 300 ribu likes diterima utuk gambar berkenaan di IG Fazura.

Memang ramai yang menulis komen di gambar berkenaan, antaranya memuji kecomelan baby Fatima Aisha. Ada juga yang dah rasa puas sebab dapat juga tengok wajah baby itu.

Tak cukup itu, Fazura pula muatnaik gambar kedua Fatima. Kali ini gambar berdua sahaja Fazura dan Fatima.

Me and my mini me” Tulis Fazura secara ringkas. Gambar berkenaan turut menerima komen dari rakan artis. Ini gambar kedua dari Fazura.

Ini tulis Nelydia Senrose: “Cantiknya. Ya Allah”. Penyanyi Khai Bahar turut memuji Fatima: “Comeynya” dan ianya diikuti dengan emoji love.

Pelakon Mira Filzah, Vie Shantie Khan, Fara Fauzana dan Lisa Surina mengucapkan rasa kagum dengan kecomelannya, menulis komen hampir serupa: “Masyaallah, beautiful”.

Diana Danielle turut menuls mengatakan akhirnya dapat juga tengok waah anak Fazura dan Fattah Amin: “Finally dapat tengok Fatima”.

Pengarah Michael Ang juag menulis: “Oh my god, she is so pretty. Congrats to both of you”.

Tak lupa juga, gambar baby Fatima ini turut menerima komen dan pujian dari artis terkenal negara jiran iaitu dari pelakon Acha Septriasa. Ini yang ditulis oleh pelakon ini: “Gorgeous mother and daughter”.

Kemudian, beberapa minit kemudian Fazura upload satu lagi foto menunjukkan Fattah Amin sedang mendukung baby Fatima. Ini fotonya.

Sebelum ini Fattah Amin dan Fazura berkata mereka hanya akan tayang wajah anak pada masa yang sesuai sahaja dan mereka tak ada sebarang perjanjian untuk tayang secara eksklusif dengan mana-mana pihak pun.

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Fattah dan Fazura, memang comel habis baby Fatima Aisha.