Markah Minggu 7 GV11 - News Tel

Markah Minggu 7 GV11

6,898 views

Malam Ahad ini, konsert Gegar Vaganza musim kesebelas, atau GV11 untuk minggu ke 7 telah berlangsung. Ini markah minggu 7 GV11.

Pada minggu ini, para peserta menerima cabaran yang agak sukar apabila menerim alagu yang tidak mereka pilih sendiri.

Lagu kesemuanya bukan pilihan mereka atau lagu yang tidak masuk dalam list mereka.

Ini markah minggu 7 GV11 

1. Liza Aziz membawa lagu Damelo, markahnya 81.9%

2. Dadali Dyrga, lagu Dikir Rambong mendapat markah 75.5%

3. Sheila Abdull menyanyikan lagu Es Lilin, 72.4%

4. Ronnie Hussein, lagu Durian Dah Berbunga, 68.1%

5. Ning Baizura, menyanyi lagu Cinta Setandan Pisang, 66%

6. Zehra Zambri, lagu Hai Obat,  65.4%

7. The Lima, lagu Aneka Ragam, 65.3%

8. Arrora Salwa, Wada Karo Nahin Chodoge Tum Mera Saath, 59.8%  

9. Fairuz Selamat, judul lagu Oh My Kadhale, 59.2%

Liza Aziz masih lagi maintain sebagai pendahulu peserta untuk minggu ini. Membawa lagu Dolla, Liza berjaya mendapat pujian dari Tok Ram. 

Dyrga vokalis Dadali juga berjaya mengekalkan kedudukan di tempat top 3.

Tempat ketiga juga masih lagi peserta yang diramal akan berjaya ke peringkat akhir iaitu Sheila Abdull.

Pada minggu ini, tiga peserta yang mendapat tempat tiga terbawah ialah The Lima, Fairuz Selamat dan Arrora Salwa.

Akhirnya, Fairuz disahkan peserta yang mendapat markah terendah di minggu ke 7.

Namun begitu, minggu ke 7 ini, tiada peserta yang meninggalkan pentas, kesemua berjaya mara ke minggu ke 8.

Untuk minggu depan, tema ialah Kengkawan yang mana para peserta akan menyanyikan lagu yang dipilih oleh peserta lain.

Para peserta diberi dua lagu dan akan memilih lagu yang akan dipersembahkan. 

Latest from Hiburan


Hafiz Suip dedah status rumah tangganya, dalam proses bercerai

497 views

Penyanyi Hafiz Suip tampil menjelaskan status rumah tangganya bersama isteri iaitu Nureffy Jasreel Abdullah. 

Menerusi satu temubual bersama Melodi, Hafiz akhirnya mengakui bahawa dia dan isteri kini sedang dalam proses bercerai. 

Namun status sebenarnya ketika ini, merek masih lagi dalam ikatakan suami isteri. 

Penyanyi berumur 35 tahun ini berkata, sekarang ini dalam proses di mahkamah lagi dan dia tak berbicara lanjut tentang proses berkenaan. 

Ketika ini juga, dia dan Nureffy juga sedang berunding berkenaan hak penjagaan anak-anak mereka, sekiranya ikatakan mereka berdua terlerai sebagai suami isteri. 

Ini kenyataan Hafiz Suip.  

“Memang selalu orng tanya tentang hubungan kami.” 

“Saya akui memang hubungan kami bermsalah.” 

“Kami berdua ketika ini masih lagi suami dan isteri.” 

“Cuma ketika ini kami tidak lagi tinggal sebumbung disebabkan dalam proses bercerai.” 

“Buat masa sekarang kami sedang berunding tentang hak penjagaan anak-anak.” 

Jelas Hafiz, dia mahu selesaikan isu rumah tangganya dengan baik. 

Walaupun sedih, dirinya sudah bersedia untuk melepskan isteri jika mahligai yang dibina itu tidak berjaya diselamatkan.  

“Saya nak selesaikan dengan baik tanpa gangguan dari pihak yang lain, so far semua berjalan dengan baik.”  

“Tunggu kes di mahkamah saja, kes mahkamah ini cukup saya simpan untuk diri sendiri.” 

“Kalau memang kita berdua dah tak ada persefahaman, saya akan lepaskan dengan cara baik.” 

“Tidak mahulah untuk merumitkan keadaan, biarlah semuanya selesai cara baik jangan anak-anak jadi mangsa keadaan.” 

“Tidak boleh nak jadi selfish, kalau dah tak ada persefahaman, buat apa lagi nak teruskan.” 

Jelas Hafiz lagi, dia sentiasa berusaha untuk yang terbaik, dan kini akan sentiasa berdoa.” 

“Benda paling power sebagai manusia ialah berdoa.” 

“Berserah dan juga redha, yang bagi hati saya tenang bukannya manusia tetapi Tuhan.” 

Ketika temubual itu, ditanya tentang dugaan yang hebat melanda termasuk rumah tangga dan juga keadaan ibunya yang sakit, Hafiz Suip gagal menahan rasa sebak. 

Hafiz dilihat mengalirkan air matanya. 

Ini video penuh temubual Hafiz Suip (Melodi) 

Hafiz berkahwin dengan Nureffy pada 14 Mei 2016 dan mereka mempunayi dua orang anak. 

Go to Top