Semalam anak Zahnita Wilson iaitu Zahra, 18 tahun, telah membuat satu kenyataan tentang isu rumah tangga ibu bapanya.
Apa yang didapti anak Zahnita itu dilihat mempertahankan bapanya, iaitu Abdul Zackery Ghouse.
Pelakon dan model berkenaan ternyata sedih setelah membaca kenyataan yang dikeluarkan anak sulungnya itu.
Zahnita ternyata terkilan dan sedih membaca anaknya sanggup mengeluarkan kenyataan tidak betul tentang dirinya.
Namun begitu, bagi Zahnita, dia anggap anaknya itu masih lagi terlalu muda dan mentah untuk faham situasi yang berlaku.
“Biarlah dia, tak mengapa. Dia pun masih lagi muda dan saya percaya satu hari nanti bila dia dah dewasa kelak, dia akan faham.”
“Cumanya saya sebagai ibu, memang rasa sangat sedih apabila dia sanggup berbuat sedemikian.”
Selain itu, jelas Zahnita, dah tentu sebagai ibu bapa, dia akan cuba sehabis baik untuk sembunyikan hal rumah tangga dengan suami kepada anak-anak mereka.
“Selama ini, seboleh bolehnya, saya akan cuba merahsiakan semua masalah yang berlaku dari anak-anak.”
“Saya pun tak nak mahu benda yang tak baik atau yang buruk tentang bapanya sebab apa pun terjadi, individu itu tetap bapa kandungnya.”
BALAS KENYATAAN SUAMI
Suami Zahnita juga ada mengatakan, bahawa Zahnita ada pengetahuan dalam bidang muay thai.
Menjawab dakwaan ini, Zahnita mengakui, memang benar dia belajar seni pertahan diri.
Akan tetapi semuanya hanya untuk pertahankan dirinya saja.
“Memang benar, saya ada sertai kelas muay thai secara profesional sejak 2016, tetapi hanya untuk mempertahankan diri.”
“Dia pernah bagi amaran dulu, tentang dia nak buat kenyataan terbuka kalau saya tak ikut syaratnya iaitu meminta saya menarik semula laporan polis berhubung dia mendatangkan kecederakan kat saya.”
“Oleh itu saya tidak terkejut dengan apa yang berlaku ini.”
BALAS KENYATAAN IBU MERTUA
Selain suami dan anak, ibu kepada suaminya juga ada mengatakan Zahnita tidak mengenang budi apabila dialah yang memberi resepi pie yang kini dijual oleh Zahnita.
Menjwab kenyataan ini, Zahnita berkta, resepi pie itu semua boleh didapati dari pencarian Google saja.
“Saya tak berminatlah untuk terus nak baca kenyataan baru yang dah keluar tu.”
“Cuma tentang resipi pai yang dihasilkan tu, ianya adalah ramuan asas yang boleh dicari kat Google.”
Itulah kenyataan dari Zahnita Wilson.