Founder muda ini, borong semua jualan tak habis terjual di bazar ramadhan

2,734 views

Ini satu kisah baik yang berlaku di bazar Ramadhan. Seorang ahli perniagaan yang juga founder syarikat kosmetik telah buat sesuatu yang dipuji ramai.

Kisah lelaki ini menjadi viral di laman Twitter setelah dan mendapat komen yang positif dari para netizen.

Jom baca perkongsian dari pengguna bernama Isskandar tentang perkara ini.

“Biasa bila waktu petang nak tunggu waktu berbuka tu, aku selalu lah scroll news feed instagram, layan posting-posting yang best-best. Tiba-tiba nampak satu video di IG seorang bro ni.”

“Korang semua mesti pernah datang ke bazar ramadan dan akan perasan, ada banyak peniaga-peniaga yang mana makanan mereka tak habis dijual, sudah tentu mereka semua rasa sedih, ye lah modal pun dah keluar, untung berapa je.”

“Tapi bila layan bro ni punya video, memang sentuh perasaan dibuatnya. Bro ni boleh pergi gerai-gerai di bazar tu, dia borong semua barang jualan orang tu, dan kemudian berpesan agar makanan tu dia sedekahkan pada pengunjung bazar berkenaan.. Kalau jadi peniaga tu mesti happy sangat, syukur Alhamdulillah tu rezeki peniaga tu.”

Ini videonya, sila tonton.

Bila diteliti, individu yang dimaksudkan ialah pengasas syarikat ESW iaitu Iddin Syah.

Iddin Syah ada upload video berkenaan di laman Ig miliknya berdurai 4 minit. Ini captionnya “Alhamdulillah kongsirezeki bersama peniaga kecil di bazar Raamdhan.”

Founder kepada ESW ini juga ada menulis kebaikkan bersedekah di posting berkenaan.

Dari video itu jelas Iddin berkata: “Kak, saya nak beli semua, hampa kira berapa, nanti kak bagi sedekah kat orang okey.”

Tindakan Iddin ini telah menerima banyak respon yang baik dari netizen yang menyukai perbuatannya itu.

Semoga niat murni dari Iddin Syah ini menjadi teladan buat semua mereka yang kaya-raya untuk turut sama berbuat sedemikian dan bersedekah. Dengan izinnya, rezeki akan bertambah.