Fynn Jamal umum berhenti ambil peduli

12,345 views

Fynn Jamal, selebriti yang kini telah berhijrah, sekali lagi mencuri tumpuan para netizen di alam maya apabila buat pengumuman dah berhenti nak ambil kisah tentang orang lain selepas ni.

Diketahui bahawa Fynn sebelum ini sering beri bantuan kepada sesetengah pihak, namun begitu, dek kerana isu yang berlaku baru-baru ini, penyanyi ini umum akan start berhenti beri bantuan.

Pengumuman itu dibuat oleh Fynn di laman media sosial miliknya semalam. Jelasnya kali ini dia benar-benar nak berhenti dan dia bereosi sebab terlalu ambil tahu tentang hal sosial yang berlaku di sekeliling. Ini tulis Fynn Jamal.

“I have been meaning to write my resignation from all of this. Namun begitu tidak tahu lah. Macam banyak sangat nak difikirkan. Sekejap nak stop, kemudian sekejap tidak jadi nak stop. Tetapi tu lah tu. Insyaallah sudah sedia sekarang ini.”

“Pada hari ini aku dah temui satu kekuatan untuk buat decision akan penutupan semua jenis shelter, bantuan motivasi dan kewangan berkenaan semua kes-kes yang sebelum ini aku biasa uruskan. Hari ini aku benar-benar nak cuci tangan.”

“Of course, dengan pelbagai yang riuh rendah di mana-mana, I take full responsibility dan dah malas nak panjangkan lagi hal berkenaan. Aku kenal diri aku sendiri. The very reason yang buat aku emosi disebabkan aku ni terlalu ambil peduli. Oleh itu insyaallah dengan berlepas tangan macam ni, aku tak perlu dah lagi nak fikirkan apa yang bukan hak aku pun untuk difikirkan.”

Fynn Jamal sebelum ini viral setelah tidak bersependapat dengan Caprice menerusi satu rancangan live tentang satu isu berkaitan masalah sosial yang melanda negara ini. Malahan seorang lagi selebriti iaitu Wardina turut tak bersependapat dengan Fynn dan meminta Fynn meminta maaf kerana kenyataan yang dikeluarkan.