“Gagal patuhi SOP” Polis sahkan siasat majlis nikah Neelofa dan PU Riz

5,567 views

Semalam telah berlangsung satu majlis pernikahan yang boleh dianggap sebagai wedding of the year pada tahun 2021 ini.

Ianya ialah pernikahan antara bintang terkenal, Neelofa dan pendakwah bebas yang juga bekas peserta reality televisyen iaitu Haris Ismail atau nama mesranya PU Riz.

Majlis tersebut dilihat amat meriah sekali dengan hiasan yang cantik termasuklah pelamin yang tersergam indah.

Khabarnya seramai 150 orang yang dijemput ke majlis berkenaan dan sudah tentu dikatakan mengikut SOP yang ditetapkan kerajaan.

Malah majlis berkenaan turut dihadiri oleh menteri hal ehwal agama iaitu Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-bakri.

Banyak gambar sekitar majlis pernikahan berkenaan telah dimuatnaik di laman media sosial.

Namun ada satu gambar yang menjadi viral semalam. Ini apabila ramai yang mula persoalkan SOP yang dijalankan.

Dari gambar memang jelas hadiri duduk begitu rapat, kurang dari satu meter yang ditetapkan. Ini terus jadi bualan orang ramai di luar sana.

Mereka turut membandingkan satu kisah yang mana ada rakyat yang disaman kerana tiada penjarakkan sosial ketika majlis nikah tak lama dulu.

Melihat kes ini begitu hangat diperkatakan, pihak polis akhirnya menyatakan mereka sudah membuka kertas siasatan dan akan memanggil pihak penganjur majlis pernikahan untuk penjelasan lanjut tentang pematuhan SOP di majlis tersebut.

Hal ini disahkan oleh Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah.

Jelasnya, siasatan awal mendapati majlis berkenaan gagal patuhi SOP ditetapkan dan jelas tiada penjarakan fizikal.

Susulan itu kita akan memanggil penganjur bagi membantu siasatan,” Itu antara intipati kenyataan dari pihak polis.

Semalam Neelofa, 32 tahun, selamat diijabkabulkan dengan Muhammad Haris Mohd Ismail, 26, di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.

Selain family, ramai rakan termasuk artis hadir ke majlis berkenaan termasuk Awal Ashaari, Scha Alyahya, Izara Aishah, Hannah Delisha dan Kilafairy.