“Gelaran Dato bukan keutamaan buat saya” Sabri Yunus akui dah terima dua pingat

4,320 views

Pelawak, pelakon dan pengarah hebat, Sabri Yunus, merupakan antara living legend di negara kita sekarang ni.

Pada usianya yang kini sudah masuk ke umur 61 tahun, apabila ditanya tentang pangkat Dato, Sabri menyatakan, dia pun tak pernah terfikir tentang hal berkenaan.

Malah Sabri Yusunu juga tak pernah mengharapkan untuk dikurniakan pengkat berkenaan.

Dan sebenarnya, Sabri Yunus akui, sepanjang karier, dia pernah dikurniakan dua anugerah pingat sebelum ini.

Kata Sabri Yunus, dia menerima pingat pertama dari Istana Negeri Pahang pada tahun 2004 dan kemudiannya dari Istana Negeri Kelantan pula pada tahun 2014.

“Apa nama pingat yang saya terima itu, biarlah saya saja yang tahu. Apapun syukur alhamdulillah. Sudah mempunyai dua pingat itu pun, bagi saya ianya sudah penuh bermakna sebagai kenangan buat saya. Berkenaan gelaran Datuk tu, memang saya tak ada fikir pun.”

Sabri Yunus memberitahu, sehingga sekarang ini memang tak ada tawaran dari mana-mana pihak istana untuk mengurniakan pingat sehingga dirinya bergelar Dato.

“Saya memang tak pernah ditawarkan lagi gelaran Datuk dari mana-mana negeri sehingga ini. Pada saya, rasa sukar juga nak membawa gelaran itu nanti. Cukuplah dengan dua pingat telahpun saya terima itu.”

Dari laporan Harian Metri, jelas Sabri lagi, dia pun ada rasa khuatir sekiranya dirinya berubah apabila mendapat gelaran Dato.

“Jika mahu memberi saya kemudahan untuk bekerja dan berkarya, itu memang saya mahu. Kalau ada kerajaan nak beri tanah atau tempat untuk permudahkan saya bekerja, ianya lebih utama dari gelaran.”

“Gelaran Dato itu, hanya untuk saya seorang. Tetapi, kalau dapat kemudahan tempat bekerja, lokasi dan dana, ia boleh saya guna sama-sama untuk ramai orang terus berkarya. Gelaran ini bukannya keutamaan pada saya.”

Itulah komen Sabri kepada portal Harian Metro. Sabri Yunus kini sedang popular dengan drama Pok Ya Cong Codei.