Gurauan tak sensitif, Iman Troye kena dengan netizen, sampai deactivate Twitter

3,154 views

Penyanyi baru yang sekarang ini tengah menggapai popularity iaitu Iman Troye, dilihat telah mencetuskan satu isu.

Semuanya gara-gara satu gurauan yang ditulis oleh Iman Troye di laman Twitter. Penyanyi ini ada tulis statistik angka jangkitan Covid-19, namun dilihat telah menulis satu sindiran yang telah mengusik sesetngah netizen, lantas membuatkannya kena semula dengan netizen.

Penyanyi ini telah membuat sindiran memperolihatkan dirinya seperti gembira dengan angka yang semakin tinggi di Malaysia ini beserta dengan hashtag mengatakan kerajaan telah gagal.

Ini yang ditulis oleh Iman Troye: “Happy 6900 semua orang. Tahniah diucapkan, harapnya pada hari esok kita dapat 7000 pula.

Tak berapa lama kemudian, Iman Troye atau nama sebenarnya Siti Nur Alyssa Sahabudin telah delete tweet tersebut.

Namun ianya telah dilihat ramai dan terus menerima kritikan kerana tak sensitive menjadikan hal berkenaan sebagai bahan untuk berguran.

Selepas ramai yang terus menerus menulis komen kurang senang dengan hal berkenaan, penyanyi berumur 20 tahun ini terus saja deactivate akaun Twitter miliknya itu.

Ini antara komen dari netizen tentang hal ini.

“Frontliner semua dah penat, orang yang dah pergi buat selamanya kernaa hal ini dan kamu ni masih boleh tweet konon nak bergurau harap dapat 7000 kes. Gurauan macam ni amat tak sensitif.”

“Jika nak buat lawak atau bergurau pun, ini macam dah over. Ingat ramai suka ke dengan tweet macam ni, lebih baik diam dan duduk senyap-senyap.”

“Alamak Iman Troye buat hal ke. Sampai dia dah tutup akaun Twitter. Patutnya dia kenalah lebih sensitif apabila melibatkan isu seperti ni, kalau salah anggap boleh buat ramai naik angin.”

Iman Troye sebenarnya jarang terlibat dengan sebarang isu namun ada beberapa komennya di laman media sosial yang telah mengguris hati sesetengah pihak. Sebelum ini Iman Troye ada salah faham dengan fan dari Kpop berkenaan hal jerawat.