Hafiz Hamidun pernah saksikan sendiri Yasin Sulaiman mengamuk di studio

6,890 views

Penyanyi dan composer Hafiz Hamidun meluahkan rasa simpati kepada penyanyi Yasin Sulaiman di atas segala hal yang berlaku.

Hafiz Hamidun sebelum ni pernah bekerja dengan Yasin, dan dah tahu tentang isu kesihatan yang dialami Yasin Sulaiman, yang menghidap masalah bipolar.

Namun jelas Hafiz, dia bukannya menyokong apa yang dilakukan oleh Yasin sehingga ditahan pihak polis.

“Saya memang bersimpati dengan nasib yang terjadi pada Yasin sekarang ini. Memang kita semua tak dapat faham dengan apa yang sedang dia harungi selama ini.”

“Tetapi saya bukannya sokong tindakan yang dilakukan olehnya sampai ditahan pihak berkuasa.”

Pengalamannya dengan Yasin yang masih dia ingati ialah sekitar empat tahun yang lalu. Cerita Hafiz kepada portal Mstar, kejadian itu berlaku ketika dia berada di studio miliknya, dan Hafiz menyaksikan sendiri Yasin mengamuk ketika itu.

Selepas kejadian itu, Yasin banyak kali minta maaf jika mereka bersua. Hafiz menjelaskan dia tak ada siu pun sebab tahu keadaan kesihatan Yasin Sulaiman.

“Masa tu, dia ada datang ke studio dan terus marah-marah sampaikan cakap kata-kata yang tak patut.”

“Selepas itu dia akan sentiasa pohon maaf kalau kami berdua berjumpa. Saya tak nak simpan apa-apa dendam kat dia sebab dah tahu tentang masalah dia.”

Tentang kes yang sedang berjalan, Hafiz berharap orang ramai jangan terus jatuhkan hukum kepada Yasin Sulaiman dan iarkan mahkamah sendiri yang jatuhkannya.

“Biarlah pihak mahkamah sendiri yang tentukan. Kalau baik pengakhirannya saya bersyukur, tetapi jika sebaliknya, kita kena ambil iktibar.”

“Tak adil untuk kita terus letak hukuman sebab, apa yang dilalui oleh Yasin Sulaiman tu, hanya dia saja yang tahu.”

Itulah sedikit komen Hafiz Hamidun tentang kes yang melanda Yasin Sulaiman