Jenama Habib memang amat terkenal dan popular di negara kita ini. Sempena sambutan hari raya menjelang ini, Habib telah tampil dengan kempen ikatan kekeluargaan dengan tema Rantaian Kasih.
Sempena kempen ini juga, Habib telah memperkenalkan tiga orang wanita sebagai duta baru iaitu Anzalna Nasir, ibu kepada Anzlan iaiti Puan Azlina dan juga usahawan bernama Erin Adlina.
Sedang sarat hamil 8 bulan, Anzalna Nasir tetap cantik dan elegan semasa menghadiri majlis pelancaran kempen dari Habib itu.
Sepanjang majlis, Anzalna kelihatan amat jelita dengan baby bumpnya. Anzalna memakai baju kurung berwarna hijau dan tak sah kalau tak menyarung barang kemas dari Habib.
Ada satu video yang dimuanaik oleh Anzalna memakai baju hijau sambil mengenakan barang kemas Habib.
Melihat ruangan komen, ramai sangat yang memuji kecantikkan Anzalna yang sedang sarat mengandung itu.
Bercerita tentang pengalaman menjadi duta semasa sarat mengandung, Anzalna pun sebenarnya terkejut juga. Ini komennya seperti yang dilaporkan Murai.
“Saya pun memang rasa terkejut sebenarnya, semasa pihak Habib menawarkan saya menjadi duta mereka. Saya tanya, pasti kah mahu panggil perempuan yang buncit ni.”
“Sekarang I dah lapan bulan pregnant, memang tak pecaya dah lapan bulan, semuanya berjalan dengan lancar sekali.”
“Walaupun sedang sarat hamil lapan bulan ni, I tetap pergi jalani penggambaran dengan Habib tapi tak rasa penat pun, sebab memang terpesona dan enjoy pakai koleksi dari Habib ini. Memang excited nak beraya pakai barang kemas dari Habib.”
Kata pelakon ini, kini kali kedua dia dilamar menjadi duta untuk jenama Habib. Baginya Habib merupakan keluarganya sendiri. Anzalna juga sebenarnya merupakan customer tetap barangan Habib.
Untuk info, Anzalna bernikah dengan suaminya Hanif Zaki dan mempunyai seorang anak bernama Idress. Pada hari raya tahun ini, Anzalna dijangka akan bersalin anak keduanya.