Hanya bertahan 22 hari, warga emas jatuh talak terhadap isteri 17 tahun, ini puncanya

4,746 views

Sebelum ini telah jadi tular tentang kisah seorang warga emas berusia 78 tahun bernama Abah Sarna yang menikahi gadis muda berumur 17 tahun bernama Noni.

Kisah ini berlaku di negara jiran Indonesia. Selain perbezaan umur yang amat ketara, kisah mereka menjadi viral setelah Abah Sarna memberi hantaran menggunakan sebanyak dua lori. Hantaran adalah termasuk motosikal, almari dan banyak lagi perabot.

Kini ada satu perkembangan terkini tentang perkahwinan mereka berdua ini. Telah kecoh di negaar jiran bahawa mereka berdua akhirnya telah berpisah.

Perkahwinan antara Abah Sarna dan Noni ini hanya mampu bertahan selama 22 hari sahaja, belum pun sampai satu bulan.

Hal ini telah disahkan oleh keluar belah Noni. Katanya, Abah Sarna telah menjatuhkan talak menerusi sepucuk surat pada 30 Oktober baru-baru ini.

Yes betul Abah Sarna telah memberi surat talak kepada adik saya Noni. Tak ada hujan tak ada ribut secara tiba-tiba ada pula surat berkenaan”.

Noni terkejut ketika menerima surat berkenaan malah terlalu sedih sehingga tak lalu makan, taka da selera selama sehari. Kata kakaknya, kini keadaan Noni bertambah baik.

Keadaan Noni dah baik, semasa terima surat dia tak nak makan seharian”.

Dikatakan perpisahan itu bukan berpunca dari Noni tetapi dari pihak lelaki. Dari laporan yang bertebaran, dikatakan ada ahli keluarga Abah Sarna yang tak setuju dengan perkahwinan berkenaan dan meminta warga emas itu untuk berpisah saja dengan isteri mudanya itu.

Menerusi satu kenyataan dari kakaknya, keluarga Noni terasa direndahkan oleh pihak Abah Sarna.

Apa yang dibuat oleh pihak sebelah Abah Sarna teramat merendahkan keluarga kami. Tapi saya hairan dan bingung sebab sebelum itu, Abah Sarna okey sahaja, dan masih berkumpul dengan keluarga kami“.

Ada yang mengatakan sebenarnya Abah Sarna tak mahu pun berpisah dengan isteri barunya itu, namun ini mungkin ada hal yang tak diketahui berlaku.

Selepas berkahwin, Abah Sarna dan Noni dikatakan duduk bersama di rumah family Noni. Sehingga kini, belum ada kenyataan atau kata-kata rasmi dari pihak sebelah Abah Sarna.