“I’m taken” Cik B tayang kekasih, ramai ucap tahniah

5,023 views

Antara remaja yang tengah popular sekarang ni sudah tentulah gadis berumur 15 tahun bernama Cik B iaitu anak kepada usahawan terkenal Datuk Seri Vida atau DSV.

Kalau tengok kat laman media sosial, boleh katakan, Cik B ni dah jadi lebih popular dari ibunya itu. Sampaikan Cik B dah di offer jadi pelakon dah, dalam sebuah drama bersiri.

Menerusi perkembangan terkini Cik B, sekarang ni tengah kecoh bahawa Cik B dah ada kekasih hati. Bukan sebarang kekasihnya itu, nama Aniq Suhair.

Cik B mula muatnaik gambar bersama Aniq semalam dengan meletakkan caption berbunyi seperti ini: “With my favorite person”. Aniq kemudiannya ada menulis satu reply di IG miliknya, ini tulis Aniq: “My love”.

Dalam pada itu, setelah ramai yang tertanya betulkan mereka berdua ni menjalinkan hubungan, Cik B ada menjawab bahawa dia kini telah diambil orang, sudah berpunya. Ini tulis Cik B: “Hi I am taken finally hehe Aniq ops”.

Ramai yang telah memberi ucapan tahniah kepada Cik B dan juga Aniq, setelah mereka dilihat amat mesra bersama dan Cik B cakap dia dah taken.

Namun begitu, ramai juga yang seakan tak percaya, dan menyatakan mungkin mereka hanya main-main sahaja, untuk promosikan drama lakonan mereka iaitu drama bersiri berjudul Lelaki Lingkungan Cinta yang kini sedang ditayangkan.

Kalau ikut jalan cerita drama berkenaan, watak yang dilakonkan oleh Aniq ada menyimpan rasa suka kepada watak Cik B.

Atau mungkin mereka benar-benar jatuh cinta ketika berada di set penggambaran, cinta lokasi la katakan.

Apapun, ramai yang puji kekacakan kekasih Cik B itu, betul atau tidak, kita tunggu sahaja. Kalau betul, memang seronok la Datuk Seri Vida, anak dah ada pakwe, handsome pulak tu.