Ingatan dari ibu kepada Wan Emir setelah bergelar suami Mira Filzah

5,142 views

Pasangan suami isteri Wan Emir dan pelakon yang pernah digelar bintang paling popular iaitu Mira Filzah masih lagi jadi bualan.

Gambar kedua-dua suami isteri ketika di majlis pernikahan semalam masih lagi jadi perhatian ramai. Mereka akan tampil sekali lagi menerusi majlis resepsi pada hari ini, hari Jumaat dan juga satu lagi majlis resepsi akan dibuat pada hari Ahad, hujung minggu ini.

Dalam pada itu, sebaik sahaja sah dah bernikah, ibu kepada Wan Emir iaitu Datin Mastura binti Tan Sri Dato Yazid ada memberi pesanan khas buat anak terunanya itu. Jom baca pesanan dari Datin Mastura.

“Wan Emir, selalulah sayangi, lindungi dan hargai isterimu, Amirah. Semoga Allah akan pimpin Emir supaya dapat jadi seorang husband yang terbaik. Pimpinlah family Emir dan carilah dengan Amirah syurga yang selalu Emir sentiasa impikan itu. Ibu akan sentiasa ada untuk doakan agar Allah jaga Emir dan isteri. Ibu sayang kamu berdua”.

“Emir, kenalah selalu ingat akan pesanan arwah ayah sebelum pergi buat selamanya. Arwah ayah selalu sahaja ingatkan ibu ni betapa arwah ayah nak sangat Emir berkahwin cepat-cepat sebab katanya kebahagiaan yang sebenar akan digapai setelah mendirikan rumah tangga. Arwah ayah pernah cakap yang Emir ni tidak boleh single lama sangat. Sebelum ini arwah ayah juga ada kata nak buat pelamin Emir dengan designnya tersendiri. Ibu masih lagi ingat memori berkenaan dengan amat jelas. Kini, masanya dah tiba, ibu akan cuba laksanakan segala permintaan arwah ayah”.

“Arwah ayah ada berpesan khas buat Emir, jadi seorang Suami yang bertanggungjawab dan baik. Seornag isteri itu merupakan satu amanah dari Allah. Kenalah disayang dan dilindungi sepenuh jiwa raga. Family adalah keutamaan buat suami. Semoga bahagia sampai ke syurga”.

“Sebenarnya, ibu ni antara wanita yang paling bertuah sebab dapat suami yang baik, arwah ayah Emir. Ibu bahagia dan sentiasa menyayangi suami. Memang sering berharap arwah ada di sini ketika Emir kahwin. Percayalah pada ibu, kasih sayang ayah ada dengan kita semua”.

Itulah hasil nukilan dari ibu kepada Wan Emir iaitu Datin Mastura Yazid.