Ini kenyataan rasmi Laudya Cynthia Bella, bukan lagi suami isteri

3,098 views

Selebriti popular Laudya Cynthia Bella dan Engku Emran kini telah sah bukan lagi suami isteri dan telah berpisah. Hal ini disahkan sendiri oleh Laudya Cynthia Bella hari ini.

Laudya Cynthia Bella yang kini berumur 32 tahun memberitahu bahawa dirinya dan Engku Emran 45 tahun berpisah dengan baik setelah dua tahun berkahwin.

Jelasnya lagi, keputusan untuk berpisah ini dibuat secara sepakat dan damai antara kedua-dua pihak setelah perbincangan dilakukan.

Ini komen Laudya Cynthia Bella: “Tentang kisah yang jadi teka-teki iaitu hal rumah tangga kami berdua, saya nak umumkan dan buat penjelasan bahawa kami berdua dah ber sepakat untuk berpisah dengan baik. Kami bukan lagi suami isteri.

Dah banyak usaha kami buat namun ini adalah takdir Allah SWT. Perkahwinan kami hanya sampai sini saja. Semua proses kami juga lalui dan sekarang ini semuanya telahpun selesai.

Dua tahun Engku Emran jadi suami saya, banyak sekali kebaikan, hikmah dan pembelajaran yang saya dapat. Syukur semua itu saya jadikan pengajaran buat saya. Ini membolehkan saya untuk jadi wanita yang lebih baik pada masa depan

Laudya Cynthia Bella buat pengakuan dan kenyataan ini di satu program iaitu Insert Pagi dan berharap ianya dapat menjawab semua persoalan yang sering diajukan padanya.

Pelakon dan penyanyi ini mohon semua pihak dapat menyokongannya supaya dia terus kuat selepas ini.

“Saya minta maaf jika ada kata-kata atau sikap saya yang buat kalian tak senang. Saya perlukan sokongan dari semua dan minta tolong doakan saya”

Diimbas kembali, Laudya Cynthia Bella dan Engku Emran telah bernikah di Kuala Lumpur pada tarikh 8 September 2017.

Laudya Cynthia Bella kemudian mengikut suami untuk tinggal di Malaysia bersama anak Engku Emran, Engku Aleesya.

Sepanjang perkahwinan, mereka tidak dikurniakan cahaya mata. Sehingga kini, Engku Emran tidak memberi sebarang respon tentang hal ini.