Berita tentang pemergian Datuk Nassier Wahab memang buat ramai yang terkejut. Ini termasuklah keluarga arwah sendiri dan juga termasuk isteri kepada penyanyi Allahyarham Datuk Nassier Wahab iaitu Datin Fatimah Abd Rauf.
Sememangnya Fatimah tak sangka, tindakan Nassier Wahab yang meminta maaf kepadanya pada hari Selasa lepas merupakan petanda bahawa penyanyi berkenaan akan pergi buat selamanya.
Jelas Fatimah, dia masih ingati dengan jelas tentang ucapan yang diluahkan oleh suaminya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir pada pagi Khamis.
“Pada malam Selasa lepas, dia ada cakap kpd saya utk minta maaf kalau dia ada buat salah apa-apa dan masa itu kita pun tak sangka dia nak pergi. Mmg dah jadi rutin kami untuk ulang-alik ke hospital untuk rawatan susulan dan tambah darah, tapi rupanya pagi hari Khamis lalu merupakan hari terakhirnya.
“Kita pihak keluarga redha dan akan terima ketentuan Allah, sy mewakili arwah minta maaf kalau ada salah silap dan ucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan Abang Nassier”
Ini pula kisah dari Fatimah bercerita tentang saat-saat sebelum Nassier Wahab menghembuskan nafas terakhirnya.
“Pd malam itu dia telah ditahan untuk nak tambah darah dan sekitar jam 11 malam ketika nurse buat pemeriksaan mendapati dia suhu badannya sedikit tinggi.
“Lepas amik ubat dia terus tidur, tapi lepas itu Nassier Wahab ada terbangun dan batuk-batuk sampai nampak kuar darah di bantal dan muntah teruk. Pegawai perubatan beri bantuan kecemasan namun tiada sebarang tindak balas sehinggalah akhirnya dia disahkan meninggal dunia”
Dalam pada itu, anak kepada Nassier Wahab iaitu Intan Najihah ada meluahkan rasa tentang pemergian ayah tercinta.
“Ayah, tenang lah disana, rehat lah untuk selama lamanya, cukup kesakitan yg ayah dah tanggung selama ni. Suatu masa nanti kita akan bertemu lagi. Jiah sayang ayah“
Pada 1 Jun lalu, Nassier ada buat operation untuk buang ketumbuhan pada rahang kiri akibat kanser gusi yang dihidapinya. Arwah Nassier Wahab juga ada menjalani rawatan kemoterapi kira-kira sebulan yang lepas.
Selain isteri, Nassier Wahab telah meninggalkan seorang anak perempuan iaitu Intan Najihah yang kini berusia 22 tahun.
Jenazah Allahyarham Nassier Wahab telahpun selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu Belah, Klang, Selangor sekitar jam 11.30 pagi Khamis. Alfatihah.