Ini pula kata-kata dari ibu mertua Hannah Delisha

6,042 views

Satu isu yang tak disangka telah menjadi bualan ramai sejak semalam. Ianya adalah tentang isu perkahwinan pasangan pelakon dri Singapura iaitu Hannah Delisha dan Imam Shah.

Menerusi satu luahan hati, ibu kandung kepada Hannah Delisha khabarnya tak memberi restu kepada perkahwinan pasangan berkenaan.

Antara yang menjadi tanda tanya adalah hashtag yang dipakai ibu Hannah Delisha iaitu ibu tidak restu.

Noor Ashikin Ahmad ada mengatakan dia tak mahu mengulas lebih lanjut, dan luahan hatinya itu adalah apa yang terbuku dihatinya dan semua boleh rujuk dengan tulisannya itu.

Setelah kes ini menjadi perbualan ramai, ibu mertua kepada Hannah Delisha iaitu ibu kepada Imam Shah pula memberi kata-kata semangat kepada pasangan baru berkahwin itu.

Menerusi satu caption, ibu mertua Hannah, Mariana Yati menyatakan dia akan mendoakan supaya perkahwinan antara kedua pasangan berkenaan akan kekal sehingga ke jannah.

Ini ucapan dari ibu Imam Shah: “Semoga mahligai yang telah dibina oleh keduanya akan kekal sampai ke syurga. Doa dariku tidak akan putus untuk menjadi penghalang kepada segala musibah yang hadir. Allah itu Al-alim. Ingat itu ye wahai Imam dan juga Hannah, teruskanlah untuk bersabar. Mummy amat sayang akan kamu berdua. Semoga Allah akan sentiasa memberi perlindungan kepada kamu wahai anak-anakku. Syurgamu merestuimu anakku.”

Itulah komen yang ditulis oleh Mariana Yati ibu kepada Imam Shah. Untuk yang tak tahu, Mariana juga merupakan seorang pelakon lama di negara Singapura.

Sebelum ini, secara tak disangka-sanghka, Hannah Desliha telah mengumumkan pernikahannya dengan pilihan hati, Imam Shah yang juga merupakan seorang pelakon. Majlis nikah diadakan secara tertutup pada tarikh 18 Februari lepas.

Sehingga kini, tiada kenyataan dari pihak Hannah Delisha berkenaan isu melibatkan luahan hati ibunya itu.