Ini punca instafamous “Durian Kimchi” buat report polis

5,733 views

Siapa yang tak kenal dengan pasangan suami isteri yang dikenali dengan lucu di channel Durankimchi. Pasangan berkenaan menampilkan Ryzal Ibrahim dan isterinya wanita Korea, Maryam Yu Nae.

Mereka berdua sering tampil dengan video lucu sepanjang perkahwinan yang menunjukkan perbezaan budaya dari Malaysia dan juga Korea Selatan.

Namun baru-baru ini ada kisah sedih melanda Maryam, apabila ada netizen menulis komen kurang elok kepadanya.

Komen berkenaan tidak dapat diterima dengan baik oleh pasangan durian kimchi ini, malah Ryzal telah membuat report polis.

Kisahnya bermula ketika pasangan ini sedang live, dan kemudian ada netizen mengatakan Maryam ini terlalu kebudak-budakkan dan tak faham kenapa ramai yang suka menonton videonya. Ini yang ditulis oleh netizen itu.

Ternyata walaupun untuk orang yang famous, komen seperti itu boleh dikatakan selalu diterima, namun, kali ini, Ryzal memberitahu isterinya amat terkesan.

Maryam dikatakan sampai terlalu sedih dan tak mahu cakap banyak sejak terbaca komen yang ditulis itu. Melihat perubahan isterinya, Ryzal membuat laporan polis.

“Setelah baca komen itu, ianya telah menimbulkan rasa kurang senang kepada dirinya. Dia banyak diamkan diri dan dengan saya pun dia senyap je, tak cakap sampai beberapa jam. Nampak sangat terkesan”.

“Sebagai suami, saya akan sentiasa protect dia. Ketika itu saya bimbang dengan keadaannya. Selain tak nak cakap, dia juga taka da selera makan”.

Bercerita tentang laporan polis yang dibuat, Ryzal hanya mempertahankan isterinya sahaja dan takmahu perkara ini berulang, malah Ryzal juga akan menimbang untuk ambil tindakan mahkamah jika perkara ini berterusan lagi.

“Walaupun kami selalunya dilihat ceria dan kelakar di video, namun begitu, kami pun manusia biasa yang ada hati dan perasaan”.

“Saya ada bincang dan dapatkan nasihat guaman, kami tak akan teragak-agak akan ambil tindakan undang-undang kepada pihak yang menulis komen sedemikian sekiranya keadaan bertambah memudaratkan”.

Itulah kesnya tentang pasangan durian kimchi ini. Apapun janganlah nak tulis komen sebegitu kepada Ryzal dan juga Maryam. Mereka ni dah banyak menghiburkan ramai para peminatnya yang lain.