Intan dedah apa terjadi di set Melodi, tak tahu kena duduk sebelah Izreen

4,611 views

Semua tahun tentang kisah Izreen Azminda dan Intan Liyana Saleh. Pernah menjadi madu, nama mereka kini naik semula setelah hadir ke rancnagan Melodi Raya.

Di rancangan berkenaan, kedua mereka telah ditemubual oleh pengacara Awal Ashaari dan juga Janna Nick, kemudiannya dapat dilihat Izreen Azminda ada meminta maaf kepada Intan Liyana.

Memang jelas, Intan dilihat amat awkward semasa berada di sebelah Izreen Azminda ketika itu. Dan apabila ucapan maaf diberi, Intan seperti belum mahu menerima maaf berkenaan.

Melalui satu laporan Berita Harian, akhirnya Intan ada bercerita tentang pengalamannya berada di program Melodi Raya itu.

Saya tak diberitahu ada temubual dengan Izreen pada hari rakaman. Saya dimaklumkian bahawa Izreen ada dalam rakaman program berkenaan tetapi ditempatkan di sudut meja yang sama, dan bukannya duduk sebelah menyebelah.

Jika begitu, saya memang tak ada masalah untuk sama-sama menyokong program Melodi Raya. Saya hanya orang biasa yang bukan dalam bidang seni, saya anggap hadirnya saya adalah hanya untuk memeriahkan acara dan penuhi undangan dari pihak Melodi.

Malah, sebelum saya nak bersetuju, memang saya ada tanya adakah akan ada sesi maaf- bermaafan dengan Izreen. Sebab kalau ada sesi berkenaan, saya ni masih belum bersedia. Namun, saya dimaklumkan tak ada sesi berkenaan.

Intan Liyana kemudian menjelaskan, setelah hadir ke sesi rakaman itu, semua telah berubah.

Saya diberitahu bahawa ada perubahan dibuat sebab untuk patuhi sop.  Kemudian saya telah diminta untuk ditemubual bersama Izreen dalam segmen tersebut.

Kerana profesionalisme dan tak nak ganggu kelangsungan rakaman, saya terima saja tapi dalam keadaan yang tak bersedia. Apa yang anda tonton di kaca televisyen itu merupakan temubual secara spontan, ketika saya jawab soalan yang ditanya.

Intan berkata mungkin Izreen ambil peluang itu untuk memohon maaf kepadanya, namun dia memang masih belum bersedia.

Mungkin inisiatif Izreen yang cuba manfaatkan pertemuan tersebut. Tapi saya percaya jika seseorang itu berada dalam situasi saya ni dia akan faham, bahawasanya bukan mudah untuk melupakan sesuatu yang amat menyakitkan.

Jelas Intan dia memang dah redha dengan apa yang berlaku tapi bukan senang nak melafazkannya.

Saya dah redha dengan segala ketentuan dan takdir. Biarlah kembali macam biasa dan kami boleh meneruskan hidup masing-masing. Itu lagi bagus untuk saya dan juga Izreen.

Isu peribadi ni tak perlu digembar gemburkan lagi sebab ia melibatkan hati dan perasaan. Saya ni pula bukannya. Masa akan memulihkan semua.

Intan bagaimanapun berterima kasih kepada pihak Melodi kerana menjemputnya ke program berkenaan.

Saya ucapkan terima kasih kepada Melodi Raya sebab terfikir mahu mengundang saya. Saya tahu niat mereka memang baik nak jernihkan keadaan. Tetapi, keadaan ini tak semudah melafazkannya. Tapi bukannya saya ada simpam dendam atau tak move on.

Itulah kenyataan dari Intan Liyana tentang apa yang berlaku di Melodi Raya.