Penjual burger yang sedang viral iaitu Faisal Burger memohon orang ramai untuk tidak lagi menyiasat keluarganya setelah ada beberapa posting bercerita tentang mereka.
Setelah disaman dan dikenakan kompaun sebanyak RM50 ribu, ada beberapa individu mendedahkan kononnya mengenali Faisal Burger dan mendedahkan sikap serta kehidupannya.
In termasuk dakwaan sering berniaga sehingga malam serta jalani kehidupan yang agak berada juga.
Antara foto yang tular ialah kemampuan Faisal sekuarga untuk makan besar sehingga berharga RM1 ribu dan juga memiliki rumah dan kereta jenis Honda Civic.
Dari satu laporan oleh Sinar Harian, isteri kepada Faisal iaitu Norlaili Shafii mengakui bahawa hal berkenaan adalah benar.
Namun rumah dan juga kereta jenis Honda itu dibeli setelah mereka bekerja keras selama 16 tahun berniaga. Ini penjelasan tentang rumah dan juga kereta.
“Rumah saya ini kami berhutang dengan adik-beradik serta mertua. Sekarang ni sebanyak RM16 ribu masih belum bayar, nasib baik adik beradik faham keadaan kami. Malah, saya juga telah jual barang kemas untuk bina rumah ini, keluasannya 306 meter persegi, tiga bilik saja. Mungkin design nampak di luar macam banglo mewah.”
“Kereta Honda ni pula kami beli pada tahun 2018, sebelum datangnya covid. Bukan hak saya pun, masih lagi hak bank, masih berhutang. Kini saya tak mampu nak jelaskan satu persatu, cukup-cukuplah.”
Norlaili juga memberi penjelasan tentang mereka sekeluarga makan besar, yang mana ianya hampir RM1 ribu jumlahnya.
“Itu kali pertama saya makan steak mahal. Masa tu, tahun lepas, adik saya mengandung dan dia mengidam. Kami makan sekeluarga seramai 10 orang, semua sama-sama bayar bil.”
Ini pula penjelasan yang tular mereka buka kedai sampai pukul 4 pagi.
“Sebelum PKP, saya berniaga bermula jam 6 petang sampailah jam 4 pagi. Pendapatan kami mula terkesan sejak tahun lepas. Berhentilah siasat nanti boleh mendatangkan fitnah.”
Itulah penjelasan dari pihak Faisal Burger menerusi isterinya.