Isteri Shuk pula kena ‘sekolah’ dengan netizen, ini puncanya

2,906 views

Nampaknya isu melibatkan Shuk dan isterinya Rossa Sera masih lagi jadi bualan. Setelah mendedahkan perbuatan suaminya yang didakwa masih menjalinkan hubungan denngan wanita lain, Rossa Sera menerima banyak komen yang memberi sokongan kepadanya.

Namun sejak bebeapa hari lalu, akaun laman media sosial Rossa Sera menerima banyak komen sindiran dan kata-kata yang memerlinya dari netizen.

Ini semua gara-gara tindakan Rossa Sera memuatnaik sekeping foto menunjukkan wallpaper di handphone masih lagi menggunakan wajah suaminya, Shuk.

Di posting  berkenaan, Rossa Sera muatnaik gambar dirinya bersama Shuk dan seorang anaknya. Ini captionnya. “Dalam tidak sedar, kini dah besar dah anak mama yang seorang ni, semoga membesar dan akan jadi anak yang solehah ya sayang.”

Rossa Sera atau nama sebenarnya Rossalennah Natassyiah Asshafera menerima beberapa komen yang mempersoalkan adakah dia masih lagi akan menerima suaminya itu walapun asyik buat hal dengan bermain kayu tiga.

Netizen turut melahirkan rasa kecewa sehingga ada yang melabel Rossa Seraa seperti Bella Astillah. Kemudian ada juga yang tanya sama ada Shuk dah balik lepas kena gantung kerja.

Ini antara komen-komen dari netizen tentang hal ini.

Pengguna bernama Atinafid menulis: “Begitulah perempaun. Dah habis mengamok sampai canang satu dunia, last-last berbaik juga.”

Syazaqq pula menulis: “Baik awak, suami buat hal pun masih tetap setia ada gambar suami. Kalau saya dah hitam terus wallpaper.”

Ini pula tulisan dari Sri Veerash: “Netizen semua backup kau, tapi mudah kau get back dengan dia ye. Lepas ini jangan ceita dekat socmed ye.”

Komen dari I am Aeryn: “Kena cakap lah ni perempuan kena curang banyak kali pun tak pandai. Itu hari si Bella sekarang si Rossa pula. Jangan buka aib laki kamu kalau belum boleh move on.”

Loeesto pula ada memberi komen: “Kalau kau rasa tak boleh move on, jangan war-warkan dia sosial media. Kau kena ada perasaan malu sikit. Lepas ni jangan publish isu rumahtangga, buang masa.”

Begitulah ragam dari netizen yang terus tukar arah dan mempersoalkan isteri kepada Shuk pula.