Jadi orang terawal beri kenyataan tentang Nad Zainal, ini status hubungan Ungku Ismail

2,645 views

Ramai yang kini mendoakan pelakon Nad Zainal, 32 tahun, yang sedang dirawat dan dipantau di unit ICU ketika ini. 

Kebanyakkan update serta perkembangan terkini Nad Zainal telah dilakukan oleh pelakon Ungku Ismail. 

Ada juga yang tertanya mengapa Ungku Ismail yang sering update perkembangan terkini Nad Zainal. Akhirnya Ungku Ismail tampil memberi penjelasan. 

Mula rapat di set penggambaran dalam drama terbaru lakonan mereka setelah Nad berpisah dengan bekas suami, Ungku Ismail akui sebenarnya sedang mengenali hati budi Nad Zainal ketika ini. 

Ini komennya menerusi laporan portal Gempak. 

“Sebaik saja kami jalani penggambaran drama bersama, selepas Nad dah berpisah dengan bekas sumai, kami memang banyak bincang tentang soal kerja dan content untuk Youtube. Dalam pada masa sama, tak dinafikan kami berdua sedang mengenal hati budi masing-masing.”  

“Kalau ikutkan, boleh kata hampir setiap hati kami berhubung dan kebanyakannya berkaitan tentang kerja.” 

Ungku Ismail menambah, dia memang rapat dengan Nad Zainal ketika ini dan rasa kehilangannya. 

“Kami berdua memang amat rapat apatah lagi buat content bersama. Setiap hari mesej namun apabila tiba-tiba dia dah tak mesej, saya rasa hilang. Saya rasa terkesan kerana hilang partner saya.” 

“Tak kisahlah apa orang luar nak kata, kami sedang jalin hubungan cinta atau sebagainya, kita tak mampu nak tutup mulut orang.” 

Ungku Ismail juga berkata dia pun rapat dengan ibu bapa Nad Zainal dan mahu berada disisi Nad semasa dia sakit ketika ini. 

“Dah tentu saya pun rapat dengan ibu bapa Nad, memang amat tak elok kalau dah kerja sama semua, tapi bila sakit terus tinggalkan macam tu saja.” 

“Lagi pula, saya sendiri yang mahu dengar perkembangan Nad dari doktor sendiri.” 

Menerusi laporan portal Mstar, Ungku Ismail berada di sisi Nad Zainal sejak masuk ke hospital hari Ahad yang lalu. 

“Sejak Nad masuk hospital Ahad lepas, saya sentiasa ada untuk teman Nad. Saya cuba membantu apa yang mampu.” 

Itulah kenyataan dari Ungku Ismail tentang hubungannya dengan Nad Zainal.