“Doktor syak Nad Zainal kena autoimmune disease”

2,710 views

Pelakon Nad Zainal masih lagi kritikal dan sedang berjuang di unit ICU di Hospital Ampang Puteri.  

Dalam perkembangan terkini, individu yang paling rapat ketika ini dengan Nad Zainal iaitu Ungku Ismail memberitahu, sampai sekarang masih lagi belum diketahui punca sebenarnya. 

Namun doktor ada menyatakan bahawa pelakon berumur 32 tahun itu disyaki mengalamai satu condition dikenali autoimmune disease. 

“Doktor ada cakap condition dia ialah autoimmune disease. Punca semua pendarahan yang berlaku ni semuanya unknown. Oleh itu doktor syaki Nad ada autoimmune disease.” 

“Autoimmune ni selalunya memberi kesan kepada organ dalaman. Dalam Nad punya kes, mungkin yang terkena ialah di saluran darahnya.” 

“Tapi pelik juga mengapa terkena di bahagian paru-paru. Kenapa kena di bahagian paru-paru saja, buat masa sekarang organ lain okey.” 

Ungku Ismail berkata, doktor juga telah memberikan ubat untuk menentang jangkitan kuman dan kini sedang menunggu hasilnya. 

Untuk yang kurang tahu, penyakit autoimmune disease ini merupakan keadaan dimana sel antibody badan atau immune system, telah melawan dengan sel badannya sendiri. Ini termasuk menyerang di orang badannya sendiri. 

Punca keadaan ini boleh berlaku sehingga kini belum diketahui oleh pakar peruabatan seluruh dunia, namun antara teorinya ialah kemungkinan dari genetik dan juga keadaan persekitaran. 

Sementara itu, Ungku Aziz akui selain paru-paru, ada juga bahagian perut dilihat mempunyai pendarahan, namun ianya sedikit saja, malah pakar bahagian perut juga dah datang untuk merawatnya. 

“Semalam cuma tiba-tiba ada pendarahan di perut, tapi sikit saja. Doktor perut datang dan dia kata kalau sikit saja tak ada masalah.” 

“Ini kerana kalau pesakit berada di ICU, mereka akan terkena hal seperti ini termasuklah orang yang kena intubated. Lepas doktor kata macam tu, barulah kita semua tenang balik.” 

Selain, Ungku Ismail, ramai lagi rakan yang hadir melawat Nad Zainal termasuklah Shahrulezad, Sharifah Amani, Nabila Huda, Bella Astilah dan Aliff Aziz. 

Ahli keluarga termasuk ayahnya dan bekas suami Faliq bersama anak-anak juga ada melawat Nad Zainal.