“Jangan perangai budak-budak” Sharnaaz tegur Caprice

3,033 views

Agak kecoh sejak semalam apabila penyanyi rap Caprice mendedahkan kisah yang berlaku ketika misi bantuan Gaza.

Ianya merupakan kisah yang turut melibatkan Ebit Lew yang turut pernah sertai misi Gaza baru-baru ini.

Ramai tak berapa faham apa yang berlaku, namun melalui beberapa entry di IG story, Caprice ada mengatakan tindakan Ebit Lew mengambil gambar ketika menderma di Gaza kurang disenangi beberapa pihak.

Caprice berkata dia akan buat live pada tarikh 21 Julai ini untuk bercerita dengan lebih lanjut tentang kejadian yang berlaku.

Melihat isu ini sedang viral, pelakon Sharnaaz Ahmad akui amat kecewa dan terkilan dengan apa yang sedang berlaku.

Sharnaaz dan Carpice ada buat sesi live bersama-sama malam tadi, dan Sharnaaz terus menegur tindakan Caprice.

Apa masalah bro, orang semua tengah tengok bro kat sana, kenapa kena ada nak reveal semua ni, tidak perlulah nak cipta wave macam ni seperti nak dedahkan satu benda yang besar.

Apa yang saya tahu dan kenal, bro ni seornag yang bagus dan baik. Memang seorang yang bila bercakap akan pakai otak, tetapi sekarang ni bro dah buat macam ni, dan ramai yang akan hilang respect, jangan buat macam ni bro.

Mungkin adanya isu masalah mental sebab apa yang dilihat kat sana tak seperti yang kamu bayangkan.

Saya memang tak suka dan tak nak masuk campur hal politik, tetapi politik ni dah lama ada, dan sentiasa ada di mana-mana.

Dalam pada itu Sharnaaz juga mengatakan Caprice patut selesaikan dengan cara lebih baik, dan ketika ini nampak seperti tak professional.

Ada caranya untuk nak selesaikan sesuatu isu, sebelum ni orang memang pandang tinggi kat Caprice. Namun sekarang ni orang nampak pul bro macam dah bertelingkah sesama sndiri, ada isu dengan team Ebit.

Jangan ada dan jadi perangai macam-macam budak-budak la mat. Kita semua ni dah besar, kita ni mewakili negara dan juga agama Islam.

Tolonglah selesaikan hal dengan senyap-senyap, buatlah dengan cara baik dan uruskan dengan betul dan tak buat sebarang isu.

Ini pula Ig story yang dimuatnaik oleh Sharnaaz.

Sesi live antara kedua selebriti ini telah menerima tontonan hampir 250k dalam satu masa.