“Jodoh bukan lagi keutamaan.. Hubungan anak dengan bekas isteri pun baik” Pak Nil

4,863 views

Kini dah 25 tahun pengacra terkenal, Datuk Aznil Haji Nawawi hidup tanpa insan bergelar isteri berada di sisinya.

Sebenarnya Datuk Aznil Haji Nawawi yang lebih dikenali dengan sapaan Pak Nil, tidak meletakkan pasangan hidup sebagai priority dalam hidupnya.

Pak Nil tidak terburu-buru untuk mencari isteri sebagai peneman hidup dan hidup berumah tangga.

Hidup secara single dan jalani hidup secara tenang, bukannya jodoh yang jadi keutamaan. Pak Nil juga fokus dengan kerjanya dalam bidang seni.

“Anak pun tidak pernah bertanya tentang jodoh. Mereka pun tahu dan selalu saja nampak papa dia ni amat sibuk dengan kerja.”

“Sebenarnya, jika dikutkan, anak sulung saya juga merupakan jenis wanita berkerjaya. Sememangnya soal tentang kahwin bukanlah jadi keutamaan.”

Selain itu, Pak Nil menambah, walau anak-anak tinggal dengannya namun hubungan anak-anak dengan ibu kandung tetap baik.

“Hubungan antara anak-anak dengan mama (bekas isteri Pak Nil) terus terjalin dengan baik sekali sungguhpun anak duduk dengan saya.”

Sebagai bapa, Pak Nil mendidik anak untuk memastikan mereka menjadi insan yang baik dan menghormati orang lain.

“Saya selalu saja beri ingatan kepada mereka agar dapat hormati orang tua. Saya juga ajar mereka agar dapat buat keputusan dengan betul.”

“Yang paling utama adalah setiap langkah mereka, saya akan ingatkan untuk fikir panjang dulu sebelum melakukan sesuatu.”

Pak Nil berkata sedemikian ketika ditemui dalam satu event yang mana Pak Nil dilantik menjadi duta sebuah produk berjenama Nakada baru-baru ini.

Untuk info Pak Nil mempunyai tiga orang cahaya mata bernama Fifi, Riki dan Riz.

Datuk Aznil Haji Nawawi kini berumur 60 tahun, dan sebelum ini terkenal sebagai pengacara dalam rancangan seperti Anugerah Juara Lagu, Melodi, Akademi Fantasia dan juga program Macam-Macam Aznil.