Pendapat pedas Ahmad Iqbal tentang isu DS Vida dan Anuar Zain

9,521 views

Ahli perniagaan terkenal, Ahmad Iqbal Zulkefli akhirnya tampil memberi pendapatnya tentang isu yang melibatkan Dato Seri Vida dan juga penyanyi bersuara lunak, Anuar Zain.

Bagi Iqbal apa yang dibuat oleh Dato Seri Vida itu memperlihatkan wanita berkenaan mungkin ada penyakit mental dikenali sebagai narcissistic personality disorder atau penyakit kecelaruan personaliti narsistik (NPD).

Iqbal menulis pandangannya itu menerusi satu penulisan di Ig story miliknya baru-baru ini.

Jelas Iqbal lagi, antara sifat individu berkenaan ialah seseorang itu suka merendahkan orang lain untuk naikkan namanya.

“Saya rasa Datuk Seri Vida ini mempunyai penyakit dikenali sebagai kecelaruan personaliti narsistik atau NPD. Kalian tak sedar ke dia ni selalu jatuhkan orang lain, untuk naikkan nama sendiri.”

“Orang macam ini pun memang suka memanipulasi, salahkan orang lain walau diri sendiri, dan mudah tersentuh.”

“Kadangkala orang macam ni suka rasa dialah yang paling berkuasa. Kalau tidak dapat apa yang dia nak, dia akan buat orang sengsara.”

Ini komen penuhnya seperti yang ditulis di Ig story.

Dalam pada itu, Iqbal juga ada memberi contoh tentang apa yang Vida lakukan kepadanya, beberapa kenyataan yang dikatakan tidak benar.

“Sebelum ini saya pertahankan diri dan betulkan kenyataan bahawa gaji saya bukan RM100 ribu tetapi hanya RM1 ribu, netizen kata saya ni tak kenang budi.”

“Semasa saya pertahankan diri bila DS Vida cakap sara saya selama dua tahun, itu tak betul, tapi netizen kata saya pula yang pusing.”

Itulah komen dari Ahmad Iqbal tentang Dato Seri Vida yang merupakan bekas majikan dan juga bekas kekasih hatinya.

Sehingga kini belum lagi ada kenyataan balas dari pihak Dato Seri Vida tentang komen dari Ahmad Iqbal ini.