Juri kata Syahir tiada bakat, ini respon Shila Amzah

12,999 views

Shila Amzah, 33 tahun, telah sertai pertandingan Famili Duo bersama adik lelakinya Amir Syahir Amzah, 28 tahun. 

Sudah lima minggu bersiaran, persembahan Shila dan Syahir tidak pernah mencatat markah tertinggi. 

Malah di minggu kelima ini, Syahir menerima komen yang agak pedas dari kedua juri iaiti Mas Idayu dan juga Ajai. 

Sebaik selesai membuat persembahan, Mas Idayu berkata dengan jujur bahawa adik kepada Shila Amzah itu tak ada masa depan sebagai penyanyi. 

“Syahir, lepas saja habis pertandingan ni, menyanyi memang bukan kerjaya awak.” 

Bagi mas Idayu, dia memang kurang puas hati dengan persembahan dari Syahir dan pasangan berkenaan hanya bergantung kepada Shila Amzah saja.  

“Bagi saya, Shila memang bagus, namun saya tengok Shila ni hanya menguasai pentas secara bersendirian.”  

“Bila Syahir masuk saja, terus tempo dah salah. Jujur saya cakap memang saya kesian kat Shila.” 

Seorang lagi juri iaitu Ajai turut sependapat dengan Mas Idayu. 

Komennya turut memberi gambaran Syahir tiada bakat dalam bidang nyanyian.  

“Memang jelas nampak sangat hanya Shila menguasai. Syahir patut kena tambah energi untuk setara dengan kakak awak tu.” 

Selesai menerima komen dari para juri, Janna Nick telah bertanya kepada Shila Amzah sama ada penyanyi berkenaan menyesal memilih adiknya itu sebagai pasangan duo. 

Namun, sebagai kakak, Shila sentiasa menyokong adiknya itu. 

Kata Shila, pertandingan ini merupakan satu platform untuk mendedahkan adiknya.  

“Saya tak ada rasa menyesal. Bagi saya pentas ini merupakan satu exposure untuk Syahir.” 

“Lepas ni, kami akan terus berusaha sehabis baik, apapun mungkin setiap kemampuan orang itu berbeza la kan.” 

Itulah jawapan dari Shila Amzah tentang adiknya Amir Syahir Amzah. 

Syahir juga ada muatnaik satu hantaran selepas teruk dikritik, ini tulisnya. 

“They will kick you, then they will beat you. Then they will tell you it is fair, so. Alhamdulillah. Thank you for all the support.” Tulis Syahir ringkas. 

Shila Amzah dan Amir Syahir akan terus berjuang di pentas Famili Duo untuk musim kedua ini, selamat maju jaya diucapkan.