Suhaimi Saad disahkan meninggal dunia

5,677 views

Pada tarikh 15 November 2023, bersaam hari Rabu, penyanyi nasyid dari kumpulan In Team iaitu Suhaimi Saad telah disahkan pergi buat selamanya. 

Suhaimi Saad, 43 tahun, telah meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Sultan Ibrahim, di Johor Bahru, Johor 

Berita duka ini disampaikan oleh Presiden Majlis Usahawan Nasyid Malaysia, Munsyid Malaysia iaitu Razin Mestica. 

Ini kenyataan yang ditulis oleh presiden Munsyid. 

“Innalilllahi wainna ilaihi rojiun, rakan kita yang mulia iaitu Mohd Suhaimi Saad bekas ahli kumpulan Inteam baru saja kembali ke rahmatullah pada pukul 7.40 malam tadi di Hospital Sultan Ismail Johor Bharu.”  

“Marilah sama-sama kita mendoakan supayaroh almarhum ditempatkan bersama para anbiya dan solehin di syurga. Amin. Al fatihah.” 

Sementara itu, pihak kumpulan nasyid Inteam turut mengeluarkan kenyataan tentang pemergian Suhaimi buat selamanya.

Ini kenyataan dari Inteam.

“Sahabat yang amat kami kasihi iaitu Mohd Suhaimi Bin Saad telah kembali kepada pencipta Nya sebentar tadi jam 7.40 malam.” 

“Salam Takziah iucapkan buat seluruh ahli keluarganya. Semoga dipermudahkan segala urusan. Semoga almarhum akan ditempat mantara kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.” 

Kira-kira seminggu yang lalu, Suhaimi Saad telah dimasukkan ke hospital akibat dari batuk yang kronik, serta beberapa symptom lain seperti muntah dan juga cirit birit. 

Keadaan Suhaimi kurang baik sehingga berat badannya menyusut dengan ketara. 

Beberapa hari yang lalu, Suhami Saad telah dimasukkan ke unit rawtaan rapi atau ICU dan telah ditidurkan. 

Menerusi satu kenyataan, isterinya iaitu Ina Naim berkata, doktor merawatnya suaminya akibat jangkitan kuman di paru-paru atau pneumonia.  

Sama-sama kita doakan buat almarhum Suhaimi Saad, dan takziah diucapkan kepada keluarganya terutama isteri iaitu Ina Naim. 

Suhaimi Saad berkahwin dengan Ina Naim pada tahun 2007 dan telah dikurniakan empat orang cahaya mata. 

Nama Suhaimi Saad mula dikenali ramai sebagai salah seorang anggota kumpulan nasyid Inteam yang amat terkenal dengan beberapa lagu hit seperti Kasih Kekasih dan juga Nur Kasih.