“Kenyataan berat sebelah” Natasha Hudson tuntut Rizman Ruzaini minta maaf

2,759 views

Natasha Hudson memberi respon tentang kenyataan yang dibuat oleh Rizman Ruzaini baru-baru ini. Pereka fesyen itu akui berasa kurang senang setelah melihat Natasha memakai gaun rekaannya yang menampakkan bahagian bahu terdedah, walaupun berlapik.

Jelas pelakon ini, dia merasakan kenyataan dari pereka fesyen itu berat sebelah selain harus memohon maaf kepada pembelinya iaitu Nor Shahlina.

Ini kenyataan dari Natasha Hudson, sumber dari portal Budiey.

“Saya amati kenyataan fashion designer berkenaan agak peribadi dan berat sebelah. Maybe kenyataan dibuat sebab tak tahu siapa pembeli busana berkenaan.”

“Maybe juga kenyataan dibuat sebab saya ni bukan artis gred a yang selalu berganding bahu dengannya. Apapun, perasaan customer atau pembeli kenalah dihormati. Baju itu dibeli dan bukan ditaja.”

“Saya ni bukan tak saling kenal mengenali dengan mereka. Saya pernah juga menggayakan design mereka satu masa dulu.”

“Bukannya mereka tak boleh tanya kepada saya ters ssebelum buat kenyataan yang nampak seakan nak menghentam.”

“Bagi saya komen mereka yang busana tu tak sesuai untuk orang berhijab adalah tidak tepat. Jika kita search di google design mereka sebelum ini untuk selebriti bertudung yang terkenal, ada yang pakai turban dan nampak leher malah ada nampak potongan badan. Apa pula pendirian mereka tentan hal itu, tepuk dada tanya hati.”

“Kenyataan pereka fesyen itu dah guris hati Nor Shahlina iaitu partner kepada Datin Reena Zach. Selama ini mereka antara klien yang sokong jenamanya.”

“Cara mereka beri jawapan tak tahu siapa pembeli, dan baju itu dibeli dengan discount harga sebanyak 90 peratus juga bagaikan tak matang dan tidak sesuai disebut. Salahkah membeli baju yang dilelong.”

“Ini macam buka pekung sendiri bagaikan baju yang dibuat tak laris sebelum kena discount harga. Ingatlah istilah customer is always right.”

“Wajarnya mereka minta maaf kepada Nor Shahlina. Dalam kes ini saya hanya orang yang pakai busana berkenaan.”

Itulah kenyataan dari Nastasha Hudson tentang respon Rizman Ruzaini.