“Kepada sesiapa penyondol, lepas ni berhati hati” Puteri Sarah Liyana

3,445 views

Kini pelakon Puteri Sarah Liyana dah pun ambil tindakan menyaman wanita bernama Ira Kazar yang menjadi orang ketiga dan ganggu rumah tangganya dengan pelakon dan pengarah terkenal, Syamsul Yusof.

Bagi Puteri Sarah, tindakan undang-undang yang diambil ini merupakan jalan terbaik, setelah dah lama memendam perasaan dan memberi peluang kepada Ira Kazar.

“Dah empat tahun saya hanya diam saja sebab masih beri peluang. Kalau boleh saya nak isu ini selesai tanpa naik mahkamah, tak payah satu Malaysia tahu. Tapi saya rasa pihak berkenaan makin menjadi.”

“Dulu memang nak ambil tindakan, tapi masa tu selalu saja fikir tentang diri saya, tentang perkahwinan yang dibina ini dan juga pihak family.”

“Tapi lepas balik umrah, saya yakin dengan tindakan yang saya ambil ini. Dah buat solat istikharah, saya dah nampak jalannya.”

Puteri Sarah melalui pihak lawyer dan failkan saman dan Ira Kazar dah menerima surat arahan agar jangan ganggu pelakon berkenaan lagi. Kes ini akan dibicara pada 4 Julai 2022.

Pelakon berumur 36 tahun ini turut menyatakan, tindakan ini memberi pengajaran kepada wanita yang bergelar penyondol.

“Saya buat ini untuk diri sendiri dan family. Sampai bila saya ni asyik kena pijak-pijak. Oleh itu, kepada sesiapa yang nak sondol lepas ini kena lebih berhati-hati. Saya nak pertahankan perkahwinan dan hak saya sendiri.”

“Kalau ambil hak orang, duduk diam-diam, jangan dah ambil lepas tu canang sana-sini dan buat kacau family orang lain.”

Dari laporan Mstar, Puteri Sarah Liyana juga mahu Ira Kazar tampil membuat permohonan maaf dan gentikan gangguan kepada keluarganya.

Tentang hubungan dengan Syamsul Yusof, Puteri Sarah Liyana tidak mahu memberi sebarang kenyataan buat masa sekarang.