“Memang trend bercinta dengan suami orang eh, ingat dah insaf” ~ Fizi Ali

5,937 views

Nama penyampai radio Suria FM, iaitu Fizi Ali seringkali jadi topic percakapan orang ramai di luar sana.

Beberapa kali juga, Fizi Ali jadi buruan pihak media sejak pengumuman perpisahannya dengan bekas isteri Shakilla Khoriri.

Kali ini, Fizi Ali ada muatnaik satu posting di Ig story yang membuatkan ramai tertanya tanya.

Isu yang dibangkitkan oleh Fizi Ali kali ini ialah tentang menjalinkan hubungan dengan suami orang, individu bergelar perampas serta pengingatkan bahwa individu itu dah insaf.

Ini posting pertama dari Fizi Ali: “Memang sekrang ni tengah trend ye untuk bercinta dengan suami orang, takutnya.”

Tak lama kemudian, Fizi Ali muatnaik naik satu lagi post, berbunyi seperti ini: “Ingat dia ni dah insaf dah. Rupanay sambung balik tu. Tahniah la si perampas ni, memang sesuai lah dua orang ni perampas.”

Baca posting penuh dari Fizi Ali yang dimuatnaik semalam.

Sekitar dua minggu yang lalu, Fizi Ali ada meluahkan perasaan ke atas bekas isterinya Shakilla Khoriri dengan mengatakan dia dah lama sabar dan tak mahu buka cerita tentang pelakon itu kerana menghormatinya sebagai ibu kepada anak mereka.

Namun jelas Fizi Ali, ketika itu, Shakilla Khoriri dah melampaui batasan.

Akan tetapi, tidak dinyatakan dengan lebih terperinci tentang apa sebenarnya yang berlaku antara mereka berdua ketika itu.

Shakilla Khoriri juga tidak pernah memberi kenyataan balas tentang posting dari Fizi Ali itu.

Untuk info, Fizi Ali yang merupakan deejay radio Suria, dan Shakilla Khoriri, seorang pelakon, telah mendirikan rumah tangga pada bulan Februari tahun 2018.

Fizi Ali dan Shakilla Khoriri mengumumkan perpsiahan pada tahun 2021 dan mereka mempunyai seorang cahaya mata iaitu Ameena Sofia yang kini dah berumur 3 tahun.