Kes balu Abam, Aliff Syukri buat report polis

65,221 views

Belum pun reda dan sedih dengan pemergian arwah Abam kini kecoh pula dengan berita mengenai kemelut keluarga di antara balu Abam dan juga Ali Puteh iaitu adik iparnya. Isunya timbul apabila jutawaan kosmetik Datuk Seri Alif Syukri telah memuat naik satu vedio temubual bersama keluarga Hidayah.

Akibat daripada video temubual tersebut yang dimuat naik di laman Facebook serta YouTube milik jutawaan tersebut telah menimbulkan rasa kurang senang oleh pihak keluarga Ali Puteh.

Lebih mengeruhkan keadaan apabila dilihat Ali ada memuat naik status di laman Instagramnya dengan mengelar kakak iparnya dengan gelaran yang kurang elok. Namun, status tersebut telah dipadam olehnya.

Namun disebabkan itu rata-rata netizen telah mempersoalkan tindakan Ali serta menyokong tindakan yang dilakukan oleh Alif Syukri. Ramai yang meminta penjelasan daripada tindakan yang dilakukan oleh Ali.

Namun semalam Ali telah menjelaskan semua tindakan yang dilakukan olehnya dan meminta orang ramai supaya tidak menimbulkan fitnah terhadap keluarganya.

Tidak ketinggalan pula dengan Alif Syukri apabila dia bertindak memuat satu lagi video dan mendakwa bahawa dia telah pun membuat laporan polis terhadap isu ini.

Menurut jutawaan ini dia telah bertindak membuat laporan polis kerana telah diugut bunuh dan dia bukanlah dalang dalam pergaduhan di antara keluarga Hidayah dan juga Ali.

Dia yang menerima pelbagai ugutan yang membahayakan dirinya serta kata kurang baik yang di lemparkan terhadapnya.

Kata-kata ugutan yang diterima, antaranya seperti ini: “Tak de sapa ke yang nak bnuh orang kaya ni”

Jelas Alif lagi dia membuat laporan polis ini kerana ada individu yang telah memalukan dirinya serta ada yang mengancam nyawanya.

Ini komen Aliff Syukri: “Saya pula yang dicabar saya pula yang kena, seolah sayalah dalang jadi punca isu ini. Ugutan yang diterima dan dicabar, bagi saya tak berapa senang. Sebenarnya niat saya baik. Buat laporan polis untuk keselamatan saya”  

“Saya bukanlah dalang kes ini. Kami tak ada burukkan mana-mana pihak. Jangan tuduh kami. Hentikan spekulasi ini. Niat saya, sampai sana, nak bantu ibu tunggal bagi zakat dan bagi barang keperluan”

Dia juga dengan tegas memberitahu bahawa dia sebenarnya tidak tahu apa sebenarnya masalah yang dihadapi oleh keluarga Hidayah serta arwah Abam dan dia tidak mahu ambil tahu. Tetapi jelasnya cerita tersebut telah dikongsikan sendiri oleh pihak keluarga Hidayah.

Tujuan dia datang hanyalah mahu melawat balu Abam dan memberi sumbangan dan ia bukanlah satu paksaan bagi menceritakan isu tersebut. Jelasnya lagi pihak mereka mendapat sambutan baik ketika bekunjung di sana.

Akan tetapi Aliff Syukri terkesan apabila telah dicabar dan tindakannya tak disetujui oleh Ali Puteh.