Terjawab sudah tentang penyanyi nasyid yang ditahan pihak berkuasa kerana menanam pokok yang dilarang.
Penyanyi berkenaan ialah Yasin Sulaiman yang ditahan pihak polis disebabkan memiliki dan menanam pokok berkenaan di rumahnya di kondominium yang terletak di Kota Damansara.
Ketika itu, beberapa buah pasu yang ditanam pokok berkenaan telah dijumpai oleh pihak berkuasa ketika menyerbu rumah Yasin.
Pada pagi ini, Yasin Sulaiman telah hadir ke mahkamah Petaling Jaya untuk didakwa kerana memiliki tanaman berkenaan.
Penyanyi berumur 47 tahun ini dilihat hadir ke mahkamah dengan memakai baju hitam sekitar jam 10 pagi dan diirngi beberapa orang anggota polis.
Dari beberapa laporan, bekas pemenang Juara Lagu tahun 2001 ini dituduh mengikut Seksyen 39B dan 6B melibatkan akta bahan terlarang berkenaan.
Dalam pada itu, dari satu video pendek yang dimuatnaik oleh pihak media, Yasin Sulaiman dilihat telah menyapa pihak media.
Yang menjadi perhatian ialah ungkapan dari penyanyi ini yang meminta salamnya didengari oleh Yb Syed Saddiq.
“Salam semua, minta tolong sampaikan salam saya kepada YB Syed Saddiq. Minta segerakan kelulusan.” Ini yang diungkapkan oleh Yasin Sulaiman.
Ketika itu, Yasin Sulaiman dibawa oleh pihak polis di perkarangan mahkamah.
Kepada yang tidak tahu kenapa Yasin Sulaiman memetik nama Syed Saddiq, sebenarnya ahli parlimen Muar ini pernah menyatakan pendapat tentang kegunaan tanaman berkenaan sebagai ubat-ubatan.
Syed Saddiq pernah meminta agar kerajaan meneliti dan membuat jawatankuasa khas untuk kaji kelulusan pengguanan tanaman berkenaan sebagai ubat tetapi diselia dan dikawal dengan ketat dan baik.
Dari laporan, sudah ada 40 buah negara yang memberi kebenaran bahan berkenaan termasuklah negara Thailand.
Kerana itulah Yasin Sulaiman memetik nama YB Syed Saddiq ketika berada di mahkamah pagi tadi.