Yasin mengaku tak bersalah tanam 17 pokok, mahkamah tak benarkan ikat jamin

5,094 views

Penyanyi yang popular dengan lagu Mimpi Laila, Nur Kasih dan Kerna Dia, iaitu Yasin Sulaiman telah didakwa pada harini di Mahkamah Majistret, Petaling Jaya.

Yasin Sulaiman didakwa atas pertuduhan memiliki dan juga mengedar bahan terlarang di rumahnya, pada 24 Mac lalu.

Malahan dari laporan Harian Metro, jika disabitkan kesalahan ianya boleh membawa kepada berdepan hukuman mati.

Ketika pertuduhan dibacakan, penyanyi dan composer berumur 47 tahun ini hanya kelihatan tenang saja. Pertuduhan dibaca di depat Majistret Zhafran Rahim Hamzah.

Dari laporan juga, Yasin telah didakwa mengedar bahan terlarang yang dianggar seberat 214 gram.

Ianya berdasarkan tuduhan mengikut Seksyen 39B dari akta bahan terlarang, yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau hukuman gantung, dan jika tak dihukum gantung hendaklah menerima sebatan maksimum 15 sebatan, jika disabit kesalahan tersebut.

Tiada pengakuan direkodkan daripada Yasin Sulaiman berkenaan kes tersebut, disebabkan ianya dibawah Mahkamah Tinggi.

Namun, Yasin mengaku tak bersalah bagi satu lagi pertuduhan di hadapan Hakim Norshila Kamaruddin di Mahkamah Sesyen iaitu tentang menanam pokok sebanyak 17 buah pasu.

Sejumlah 17 pokok dijumpai pihak berkuasa ketika serbuan ke atas rumah Yasin Sulaiman pada minggu lalu.

Dakwaan kesalahan berkenaan pula dibuat mengikut Seksyen 6B dari akta bahan terlarang, yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup dan juga sebatan jika suspek disabitkan kesalahan berkenaan.

Dari update terbaru pula, pihak mahkamah tak memberi kebenaran ikat jamin kepada Yasin Sulaiman dan memberi tarikh 18 Mei untuk sebutan semual kes berkenaan.

Itulah perkembangan terkini tentang Yasin Sulaiman yang didakwa di mahkamah pada hari ini. Pada pagi tadi, Yasin ada menyebut nama Ahli Parlimen Muar iaitu Syed Saddiq. Ianya dikaitkan dengan cadangan dari Syed Saddiq yang pernah meminta pihak kerajaan membincangkan tentang kegunaan bahan pokok berkenaan, dijadikan sebagai ubatan.