Kronologi kes: Pendakwah muda ditahan reman, akhirnya mangsa buat laporan polis

2,956 views

Pendakwah yang menjadi selebriti selepas menyertai rancangan reality telah ditahan pihak berkuasa semalam untuk siasatan kes terhadap seorang gadis.

Suspek berumur 25 tahun yang juga merupakan penyanyi telah ditahan pada jam 11 malam tadi. Hal ini disahkan oleh pihak polis menerusi satu kenyataan dari Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin.

Penahanan dibuat ekoran mangsa telah hadir ke balai polis dan membuat satu report polis pada jam 7.18 malam semalam.

Ini kronologi kes dari kenyataan polis malam tadi, jom baca.

Mangsa, gadis berumur 23 tahun, telah keluar dengan suspek. Mereka berkenalan dari media sosial Instagram. Mereka keluar sekitar jam 8 malam pada tarikh 11 September tahun lepas.

Dari report, mangsa telah menaiki kereta BMW milik suspek untuk buat perbincangan telah isu kemurungan yang dihadapi oleh gadis berkenaan melalui kaedah perubatan Islam.

Suspek kemudian telah bawa mangsa makan di sebuah kedai makan di Batu 3, Shah Alam dan selepas itu membawa mangsa ke rumahnya. Rumah suspek merupakan sebuah studio di Seksyen 7, Shah Alam.  Alasan untuk ke rumah ialah nak berikan penerangan tentang cara untuk pulih dari penyakit kemurungan.

Ketika dalam rumah, mangsa tak daya untuk melawan suspek dan akhirnya tertewas. Mangsa juga tidak tahu cara nak keluar dari rumah berkenaan.

Suspek dikatakan telah beri warning kepada mangsa untuk diamkan diri dan rahsiakan hal itu. Malah mangsa diberitahu akan sentiasa diperhatikan dan dipantau dari jauh.

Esoknya, suspek telah hantar mangsa ke sebuah lobi dan mangsa menaiki grab car untuk pulang ke rumah sewanya di Subang Jaya.

Selepas kejadian yang penuh tragedy itu, mangsa terus terkena tekanan perasaan sehingga masuk Hospital Kajang. Mangsa dirujuk ke pakar psikiatri dan dirawat.

Sebulan selepas kejadian, mangsa balik ke kampung, ke rumah family di Triang, Pahang dan telah dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh. Mangsa juga telah dimasukkan ke wad psikiatri.

Pihak hospital memberitahu mangsa kena tekanan perasaan dan amat trauma ekoran dari kejadian yang dialaminya itu dan masih dirawat.

Kemudian pada hari Khamis, akhirnya mangsa beranikan diri untuk membuat laporan polis, selepas kes ini menjadi viral.

Pihak polis telah menahan reman suspek dan akan disiasat. Itulah kronologi nya. Kita tunggu kenyataan rasmi dari pihak suspek pula nanti.