Lana Nodin dakwa DG Noor Hisham berlakon sedih, minta letak jawatan

1,689 views

Penyanyi popular tanah air, Lana Nodin nampaknya amat lantang bersuara, dan kali ini telah memberi pandangan yang amat keras kepada Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Antara komennya ialah meminta Dr Noor Hisham supaya berhentikan lakonan dan memintanya untuk meletakkan jawatan sebagai ketua pengarah seihatan negara ini.

Pelakon berumur 41 tahun menulis beberapa entry di Ig story setelah kes yang positif di Malaysia maintain berbelas ribu setiap hari.

“Hebat lakonan kalah drama Melayu di rancangan slot Samarinda. Memang hebat sungguh Kementerian Kesihatan Malaysia. Tahniah director general, awak ini patutnya dah letak jawatan.”

“Tak habis-habis nak buat muka kesian dan menangis rasa penat. Namun semuanya itu hanya lakonan saja.”

“Sedih betul rakyat Malaysia ni kononnya kata kamu amat prihatin kepada rakyat. Sedangkan?”

Lana turut menulis beberapa hashtag yang agak lantang antaranya ialah “Step down DG, kerajaan koyak dan kerajaan gagal.”

Selain itu, Lana turut muatnaik satu video yang sedang viral ketika ini yang mana ada menunjukkan seorang lelaki memakai baju hitam dengan selamba tidak memakai PPE dan masuk ke tempat yang mana anggota kesihatan lain memakai full set PPE.

“Lihatlah laki pakai baju hitam itu dah seperti pergi hantar roti di kedai saja. Orang yang lain bukanlah main pakai baju PPE lengkap. Nasib baik dia tak buat drama terjatuh sebab dah penat sangat. Ni dah kalah cerita Hindustan. Kenapa orang lain, petugas lain tak tegur lelaki itu. Sedarlah semua, tak habis-habis nak beri semua rakyat rasa takut.”

Luahan rasa hari Lana Nodin itu nampaknya membuat ramai netizen naik angin dan membalas banyak komen pedas kepada pelakon berkenaan. Ini antaranya.

Apapun itu adalah pandangan peribadi masing-masing. Mungkin dah terlalu penat sebab kes tak turun walhal dah lama PKP.