“Mengalir air mata Sharnaaz” ~ Noor Nabila dedah Sharnaaz menangis, ini puncanya

6,992 views

Sharnaaz Ahmad terlibat dengan satu kes mahkamah dalam satu kejadian di kondominium tempat tinggal pelkoan berkenaan.

Hal ini turut mednapat respon daripada bekas isteri Sharnaaz Ahmad iaitu Noor Nabila, yang juga kakak kepada Neelofa.

Menjawab tentang kes yang sedang dialami oleh Sharnaaz itu, Noor Nabil ada pendapatnya yang tersendiri.

Bagi Nabila, dia amat percaya bahawa bekas suaminya itu tak buat apa kesalahan pun.

Jelasnya, dia sudah menghubungi Sharnaaz untuk mendapat penjelasan tentang hal sebenar, dan kini dah tahu apa yang berlaku.

Akan tetapi, Nabila tak mahu bercerita dengan lebih lanjut kerana ianya kes polis, namun akan terus menyokong Sharnaaz.

“Memang pada mulanya saya amat terkejut apabila mengetahui berita berkenaan, tetapi saya terus pergi bertanya kepada Sharnaaz. Saya kini dah tahu apa yang jadi dan cerita sebenar yang berlaku.”

“Apa yang keluar cerita tu, banyak yang telah ditokok tambah. Melihat Sharnaaz sebagai bapa kepada anak saya, Jayden, saya tetap akan sokong dia dan tetap berada di belakang Sharnaaz. Saya berpihak kepada dia.”

“Saya pun ada beritahu pada dia untuk terus pandang depan dan cakap saya sentiasa akan menyokongnya.”

Mengenali Sharnaaz, bagi Nabila, bekas suami itu seorang yang amat bertanggungjawab terutama kepada anaknya.

Malah Nabila juag mendedahkan setelah keluar dari tahanan, Sharnaaz sampai menangis apabial bertemu anaknya Jebat Jayden.

“Sharnaaz Ahmad bukanlah orang yang macam itu. Dia ni jenis yang bertanggungjawab dan amat sayangkan anak. Selepas sja dia dah dibenarkan keluar dari tahanan reman, dia terus jumpa degan Jayden.

“Ketika itu saya berada di Phuket sedang bercuti. Dia ada berjumpa dengan Jayden dan menghantar video kepada saya. Menitik air mata dia bila dapat dia dapat jumpa Jayden selepas tiga hari ditahan.”

Itulah kenyataan dari Noor Nabila tentang kes yang melibatkan Sharnaaz Ahmad.