Sharifah Sakinah kembali single setelah berpisah dengan suaminya pada tahun ini. Empat bulan berlalu, kini pelakon dan pengacara ini dah pun temui kekasih hati yang baru.
Jejaka yang berjaya menambat hatinya itu berumur 10 tahun lebih tua darinya dan kata Sakinah dia mula kenali jejaka berkenaan selepas dia telah tamat tempoh edah.
Ini komen Sahrifah Sakinah: “Saya ni memang seorang yang ada sikap open je. Oleh itu, saya akui memang ada hubungan dengan jejaka itu. Usia jejaka itu lebih 10 tahun dari umur saya. Malah kami ada hobi yang sama iaitu suka exercise”
Sharifah Sakinah telah datang ke satu majlis hiburan bersama lelaki itu dan berkata antara persamaan paling nyata ialah mereka berkongsi tarikh lahir yang sama iaitu 28 Mei.
Ramai nak tahu identity jejaka itu, yang mana mereka hanya tahu dia seorang mat salleh dari negara eropah.
Akhirnya semuanya terjawab apabila ada jurugambar bernama Pinography upload gambar jejaka itu di laman Instagram.
Pihak Pinography muatnaik gambar jejaka berkenaan bersama seseorang yang berpaling dan tidak menampakkan wajahnya. Namun pihak Pinography telah tag nama Sharifah Sakinah di gambar tersebut.
Caption juga ada menyebut nama Sharifah Sakinah yang sedang ber photo-shoot dengan lelaki bernama Micheal. Ini caption dari jurugambar tersebut.
“Akan datang, coming soon, photo-shoot untuk Sharifah Sakinah dan juga Micheal. Jika anda perasan, jejaka ini telah dilabel sebagai Englishman oleh pihak media. Tapi nak dijelaskan bahawa di bukanlah orang English namun dia dari negara eropah Sweden, jadi dia merupakan Swedish. Ambil perhatian ye, dia bukan jejaka Inggeris”.
Oleh itu kekasih baru Sakinah ini bernama Michael, berumur 41 tahun dan berasal dari negara Sweden. Ini gambarnya.
Sharifah Sakinah sebelum ini mendirikan rumahtangga dengan pilot bernama Aliff Adha pada tahun 2015 dan mereka ada seorang anak perempuan.