Muhammad Afwa, nama anak kedua Siti Nurhaliza

10,938 views

Sempena hari yang ke tujuh umur anak kedua, Datuk Seri Siti Nurhaliza telah membuat pengumuman nama anaknya itu.

Menerusi satu entry di laman media sosial miliknya, Siti Nurhaliza telah memberi nama anak keduanya dengan nama Muhammad Afwa.

Siti Nurhaliza turut memuatnaik beberapa keping foto wajah anak lelakinya itu yang begitu comel.

Ini kenyataan penuh dari Siti Nurhaliza tentang nama yang diberi.

“Dengan nama Tuhan yang maha pemurah lagi maha penyayang. Pada hari ini, bertarikh 26 April 2021, iaitu 14 Ramadan 1442 tahun hijrah, anakanda kedua saya genap berumur 7 hari.”

“Sunah untuk memberi anak yang baru lahir dengan nama yang baik serta membawa maksud yang bagus sebab nama itu yang akan dipanggil di hari pengadilan di akhirat nanti.”

“Syukur alhamdulillah, pada hari ini, saya dan suami mahu mendedahkan wajah serta nama anak lelaki kami. Kami menamakannya dengan nama Muhammad Afwa.

“Nama ini membawa maksud keampunan atau kemaafan. Muhammad Afwa lahir pada bulan Ramadan iaitu merupakan bulan keampunan.”

“Sementara itu, jika diteliti dalam doa malam Lailatul Qadar, nama afwa juga ada disebutkan.”

“Afwa telah melengkapkan afiyah dan kedua ada di dalam doa yang saya dan suami pilih iaitu doa lengkap afiyah.”

“Semoga anakanda saya ini iaitu Muhammad Afwa akan sentiasa berada dalam keampunan serta kemaafan dari Allah.”

Itulah kenyataan dari Datuk Seri Siti Nurhaliza tentang anak keduanya yang diberi nama Muhammad Afwa.

Selain mendedahkan nama dan juga wajah anaknya, Siti Nurhaliza juga tampil dengan lagu baru, ditulis untuk anak kedua itu diberi judul Anakanda.

Muzik video itu dimuatnaik pada jam 9 malam dan telah menunjukan wajah penuh Muhamad Afwa dan turut menampilkan Siti Aafiyah.