Tayang wedding dress miliknya, Ameera Khan pula bakal bernikah?

2,588 views

Ahli keluarga Neelofa memang terkenal kat Malaysia ni. Walaupun hanya Neelofa saja yang benar-benar bergelar selebriti, namun adik beradiknya dan ibu Neelofa mempunyai begitu ramai follower, kesemua mereka boleh dilabel sebagai instafamous atau influencer.

Malah adik Neelofa iaitu Ameera Khan mempunyai lebih satu juta follower menerusi laman IG yang diberi nama Little Miss Khan.

Diketahui sebagai family yang penuh kejutan dan berahsia terutama kisah peribadi, kini ada satu lagi cerita tentang kemungkinan akan berlangsung majlis pernikahan Ameera Khan.

Ianya mula menjadi pertanyaan ramai netizen setelah Ameera ada muatnaik beberapa keping foto menunjukkan dirinya sedang memakai dress.

Malah di salah satu foto, Ameera Khan ada menulis baju berkenaan merupakan baju wedding miliknya yang merupakan dress dari jenama terkenal Dior.

Hantaran berkenaan dimuatnaik semalam bertarikh 25 April. Ini tulisnya. “My wedding dress from Dior okey.”

Kemudian pada hari ini, 26 April, Ameera Khan memuatnaik pula gambar pemandangan bumbung sebuah masjid dengan kata-kata doa yang puitis.

Ini doa yang dipinta oleh Ameera Khan. “Ya Allah, kurniakanlah aku pemikiran yang bebas dari perasaan risau. Juga hati yang bebas dari kesedihan dan tubuh badan yang bebas dari sakit, amin.”

Sama ada betul Ameera Khan akan akhiri zaman bujangnya masih lagi hanya jadi spekulasi saja dan belum sahih lagi.

Oleh kerana dah beberapa kali, family Neelofa ni suka buat kejutan, ianya tidaklah mustahil lagi bahawa maybe perkahwinan ini akan benar-benar berlangsung.

Diimbas kembali, Pada tarikh 26 Mac lepas, pasangan Noor Neelofa dan Haris Ismail telah selamat disatukan di satu majlis pernikahan.

Sebelum itu, secara mengejut, tiada khabar angin, kakak Neelofa iaitu Noor Nabila telah sah bernikah dengan Engku Emran.

Apapun, kalau dah jodoh, memang ramai yang nak tengok Ameera Khan pula naik pelamin. Lagi pula Ameera Khan kini dah pun berubah terutama dari segi penampilannya, dah mula memakai hijab. Semoga segala urusan dipermudahkan buatnya.