Naik mahkamah, bekas isteri tuntut nafkah anak dari Imam Muda Syed Faris

3,287 views

Kisah tentang rumah tangga antara Imam Muda Syed Faris dan bekas isterinya Nur Hidayu kini sedang jadi perhatian. Pada hari ini, kedua mereka dilihat hadir ke mahkamah untuk proses sulh.

Dari laporan, proses perbicaraan kes tuntutan nafkah anak yang telah difailkan oleh Nur Hidayu dilanjutkan lagi ekoran kedua nya belum ada capai kata sepakat tentang hal berkenaan.

Kata Imam Muda Syed Faris pada hari Selasa diadakan untuk bagi ruang dua-dua pihak berbincang tentang tuntutan berkenaan.

“Lepas ni kita akan adakan perbincangan lagi, hari ini ianya agak drastik. Dah terlalu cepat dengan macam-macam yang terjadi sebelum ni.

“Diharapkan semua orang dapat doa agar rancangan dan masa depan anak kami lebih terjamin. Perjumpaan pada hari ini memang bincang tentang anak-anak saja”.

Bekas isteri, Nur Hidayu memberitahu dia tak nak panjangkan kesnya itu sampai pembicaraan di depan hakim.

Tetapi, isu pendapatan yang diperoleh Imam Muda Syed Faris kena diambil kira dan diteliti sebelum kata putus dicapai tentang tuntutan nafkah anak.

“Proses sebegini memang akan ambil masa lama sikit kerana perlu ambil kira factor-factor termasuklah pendapatan bekas suami saya. Oleh yang demikian, kedua-dua pihak ada homework yang perlu dibuat.

“Kalau boleh kami nak settle hal tuntutan ni di luar mahkamah dengan cara yang baik saja”.

Kalau yang tak tahu, maksud sulh adalah perbincangan dan rundingan yang dibuat antara pihak-pihak di hadapan seorang pegawai sulh.

Imam Muda Syed Faris telah melafazkan talak terhadap Nur Hidayu pada tarikh 28 Mei lepas.

Ada dakwaan mengatakan Syed Faris sudah beberapa kali kantoi dengan Hidayah ketika meeka masih bergelar suami isteri dan ini terutamanya ketika Hidayu sedang mengandung.

Syed Faris turut telah berkahwin dua dan akhirnya Hidayah dilepaskan sebagai isteri. Apabial didedahkan pada umum, kes ini membuatkan ramai netizen naik angin dengan pendakwah berkenaan.

Pasangan ini berkahwin pada tahun 2007 dan mempunyai lima orang anak.