Semalam telah selamat Isa Khan dan Nur Risteena bergelar sebagai pasangan suami isteri yang sah.
Majlis pernikahan yang diadakan di sebuah masjid di Putrajaya telah berjalan dengan lancar dan sempurna buat pasangan ini.
Walaupun hanya dihadiri seramai 15 tetamu sahaja kerana perintah kawalan pergerakkan, pasangan ini amat bersyukur semua tetap meriah.
Ini komen dari Isa Khan sebaik bergelar suami kepada Risteena.
“Syukur alhamdulillah kami berdua selamat diijabkalbulkan. Mengikut rancangan asal, memang nak tahun lepas tetapi terpaksa tunda sebab ada PKP. Apapun syukur sangat sekarang ni semua dah selamat. Majlis akad nikah ikut sop dan hanya 15 orang yang datang, family sahaja.”
“Mas kahwin saya beri RM1000 manakala wang hantaran pula berjumlah RM32000. Jumlah itu ikut umur Risteena iaitu 32 tahun, simbolik umurnya. Wang hantaran itu merupakan di atas permintaan dia juga, saya pun tunaikan janji saya.”
Bercakap tentang perancangan berkaitan zuriat, Isa Khan dan Risteena memang suka sangat dengan budak-budak, oleh itu tidak menolak rezeki sekiranya diberi.
“Perancangan anak, jika diberi peluang, kalau boleh terus nak ada anak. Kalau ada rezeki, insyaAllah. Kalau boleh nak dua atau tiga orang anak, ataupun terus anak kembarlah, senang.”
Sekarang baca pula kenyataan dari Risteena yang kini dah bergelar isteri.
“Saya masih tak percaya. Akhirnya dah nikah, saya cakap dengan Isa, kita dah berkahwinlah. Apabila tiba di masjid untuk dinikahkan, ya Allah, rasa amat berdebar. Setelah selesai fuh memang rasa semakin lega Alhamdulillah.”
Pada malam hari, pasangan ini telah buat satu majlis resepsi ringkas mengikut norma baru di Ballroom, Quill City Mall, Kuala Lumpur.
Tahniah diucapkan buat kepada pasangan pengantin baru ini, semoga bahagia selalu buat Nur Risteena dan juga Isa Khan.