Nyanyian terkucil dan menangis, akhirnya Nabila Razali bagi komen

3,729 views

Sekali lagi penyanyi Nabila Razali jadi bualan ramai kerana suara live nya. Sebelum ini pernah juga terjadi, namun kali ini, Nabila Razali yang lebih mesra disapa Bella, sekali lagi mendapat komen kurang baik tentang nyanyian live semasa menyanyi lagu popular Peluang Kedua.

Bella menyanyikan lagu berkenaan ketika membuat satu persembahan secara langsung di Meletop Mega Raya Ria.

Namun suaranya kantoi tersalah masuk dan terkucil. Suara Bella jelas telah pecah di bahagian korus yang memerlukannya menyanyi note yang tinggi.

Kemudian di bahagian akhir semasa selesai menyanyikan lagu berkenaan, Bella kelihatan agak sebak dan seakan mahu menangis.

Ramai yang mula memberi komen kurang elok pada nya dan mempersoalkan nyanyian penyanyi ini, Namun ada juga sesetengah peminatnya yang mengatakan lagu berjudul Peluang Kedua ini memang sentuh perasaan dan mungkin Bella terasa sayu mengalirkan air mata dan kurang focus ketika menyanyi.

Pada mulanya, Nabila Razali dilihat tak mahu menjawab sebarang pertanyaan tentang hal ini dan mengambil pendekatan berdiam diri sahaja.

Akan tetapi, semalam, penyanyi ini memuatnaik satu kenyataan berkenaan isu yang sedang hangat ini. Jom baca kenyataan dari Bella.

“Salam, pertama sekali, saya nak mohon maaf sebab buatkan kalian rasa down dan kecewa. Saya taka da sesiapa nak salahkan, kecuali diri saya sendiri. Saya akan perbaiki dan akan lebih improve pada masa akan datang. Apa yang berlaku sudah tentu ada hikmahnya.”

“Kepada yang mesej, dan komen untuk comfort Bella, saya ucapkan terima kasih banyak-banyak. Bella memang amat memerlukannya.”

Bella, 27 tahun merupakan penyanyi yang mula dikenali menerusi pertandingan reality Akademi Fantasia. Antara lagu yang menjadi hit ialah Pematah Hati dan Vroom.

Nabila Razali juga ada berlakon beberapa drama dan yang paling latest ialah drama berjudul Seindah Tujuh Warna Pelangi bersama Aeril zafrel.