‘Peragut’ Wan Maimunah buka mulut: “Itu tawaran pertama dan terakhir”

2,353 views

Antara iklan paling popular kat Malaysia ini ialah iklan khdmat masyarakat lakonan Wan Maimunah, yang mana barang emas Wan Maimunah telah diragut oleh seorang lelaki.

Pelakon lelaki itu ialah Mohd Uzreen. Iklan berkenaan telah mula ditayangkan pada tahun 2005, 15 tahun yang lalu.

Tentang pengalamannya berlakon dalam iklan itu, kata Mohd Uzreen, semasa berlakon, dia tiada sebarang kerja dan terus menerima tawaran sebagai peragut. Apapun, dia amat terharu sebab sehingga kini iklan itu seringkali viral.

“Terharu juga sebab iklan itu masih diingati sampai sekarang. Ketika itu, saya dapat offer berlakon oleh seorang rakan yang ketika itu bekerja di Filem Negara Malaysia. Memang terkejut sebab offer tu datang secara spontan apatah lagi saya ni tak ada pengalaman berlakon”.

“Masa tu, saya memang tiada pekerjaan, jadi terus saja terima offer walaupun rasa agak janggal, kekok dan ada rasa susah untuk berlakon”.

Tetapi peluang berlakon iklan tu boleh dikatakan satu kenangan yang indah terutama berganding dengan pelakon cukup hebat iaitu Wan Maimunah.

“Ketika itu perasaan saya macam-macam, teruja dan takut sebab berlakon dengan ibu, gelaran untuk Wan Maimunah”.

“Tapi ibu memang tak kedekut nak ajar ilmu malah banyak bantu saya untuk melakonkan watak peragut berkenaan”.

“Ibu memang seorang pelakon yang profesional dan tidak kisah saya tolak badannya macam betul-betul sebab nak nampak adegan kami real”.

Mohd Uzreen kini berumur 39 tahun dan merupakan bapa kepada seorang anak. Ketika ini Uzreen bekerja sebagai pemandu lori. Jelasnya lagi, selepas berlakon iklan tersebut, dia tak ada terima sebarang tawaran lakonan yang lain.

“Offer itu merupakan kali pertama dan juga kali terakhir saya berlakon. Selepas itu dah taka da lagi offer. Tapi dapat lihat, impaknya besar sampai sekarang dan selalu jadi viral”.

Uzreen ada juga berhasrat untuk berjumpa dengan Wan Maimunah namun tidak tahu sama ada pelakon hebat berkenaan masih ingat dengan dirinya.