Pesanan terakhir arwah bapa kepada Ebit Lew, mengalir air mata

1,359 views

Perginya insan yang amat disayangi oleh Ustaz Ebit Lew iaitu bapanya yang telah mengehmbuskan nafas terakhir du ahari lepas.

Bapa kepada Ebit Lew sebelum ini dimasukkan ke hospital Gleneagles dan dirawat akibat barah perut yang sudah pun masuk peringkat terakhir iaitu stage 4.

Pengebumian bapanya sudah berjalan lancar, dan Ebit Lew sempat bercerta tentang pesanan terakhir bapanya itu.

Ebit janganlah risaukan bapak ye, teruskanlah kerja dalam menolong orang dan membantu orang lain. Teruskanlah usaha untuk berdakwah dan berbuat baik sesama insan.

Itulah pesanan terakhir yang dituturkan oleh bapa kepada Ebit Lew.

Ebit Lew berkata, bapanya seorang yang kuat bekerja namun sememangnya seornag yang suka bersedekah.

“Ya Allah, terasa amat rindu. Sangat rindu. Bapak sememangnya seorang yang kerja kuat setiap hari. Namun dia tak pernah nak apa-apa pun. Bapak tak menikmati dunia ni pun. Kebanyakkannya akan diberi kepada orang lain. Suka memberi. Bapak juga setiap hari amat merindui arwah emak.

Bapak ialah seorang ayah yang baik. Hidupnya adalah dihabiskan untuk keluarga, kasih sayang diberi kepada isteri dan anak-anak.

Pendakwah ini turut memohon maaf kepada bapanya kerana tidak dapat bersama di saat akhirnya.

Maafkan Ebit tak ada pada saat akhir bapak tadi. Ya Allah ampunilah serta berilah keredhaan kepadanya. Hadiahkan syurga firdaus kepada bapak ku ini. Jadikanlah ini sebagai asbab kebaikan serta juga hidayah seluruh alam. Dengan keizinannya kelak kita akan bertemu jumpa dan bersama semula disana.

Kedua ibu bapa Ebit pergi buat selamanya ketika EBit sedang berdakwah dan berkhidmat pada masyarakat. Jika diikutkan memang mahu pulang, namun kedua mereka berkeras meminta saya teruskan kerja dan buat amal.

Salam takziah buat Ebit Lew dan seluruh family nya, marilah kita sama-sama doakan buat arwah bapanya.