“Proud woman, hidup Neelofa” Sajat nyatakan sokongan kepada Lofa

2,033 views

Kisah Neelofa sedang berlegar-legar di semua media ketika ini. Ianya angkara kisah Neelofa melanggar SOP secara berturut-turut.

Neelofa dan suaminya, Muhammad Haris telahpun pergi ke mahkamah dan mengaku tak bersalah berkenaan dakwaan tak scan Mysejahtera dan juga tak memakai mask di tempat awam.

Nampaknya kisah yang sedang melanda Neelofa ini turut mendapat perhatian Nur Sajat.

Walaupun hilang dari radar pihak berkuasa, Sajat dilihat telah memberi respon tentang isu yang sedang dilalui Neelofa.

Melalui satu Ig story, Sajat telah muatnaik sekping foto Neelofa dan menyatakan sokongan tak berbelah bahagi kepada bekas pengacara MeleTop itu.

Malah Sajat melabel ramai yang iri hati dengan Neelofa selain memuji Neelofa sebagai seorang yang tak kacau orang lain. Ini caption yang ditulis oleh Sajat.

Proud woman, Neelofa wanita teramat kuat sungguhpun begitu banyak orang yang mengecam beliau, Selalunya orang bersinar ni, sudah tentu akan ada ramai orang yang ada rasa dengki.

Saya tidak pernah pun tengok beliau ni ada mengata orang lain, malah dia ni selalu saja buat hal diri sendiri.

Neelofa yang saya kenali merupakan seorang amat baik. Rindu dulu semasa ikut Cicie jurusolek, pergi make-up Neelofa, ini adalah kisah 6 tahun lepas, ianya merupakan kenangan saya bertemu secara live dengan Neelofa. Sis, we are always support you. Hidup Neelofa.

Kisah Neelofa memang ada memberi impak di kalangan selebriti, antaranya yang lantang memintanya untuk dikenakan hukuman ialah pengacara sensasi, Azwan Ali.

Seorang lagi aktress iaitu Mawar Rashid juga ada memberi pandangannya tentang hal ini namun kes Mawar membuatkan dirinya dikritk netizen sebelum dia membuat kenyataan bahawa ada salah faham tentang komennya itu.

Apapun, sebutan semual kes Neelofa dan suaminya itu akan dibuat pada bulan depan, bulan Jun.