“Punggung cantik aset juga, itu cara saya tayang kekayaan aset selain duit” DS Vida

2,826 views

Ahli perniagaan Datuk Seri Vida, Liana Rosli atau Kak Km, Ifa Raziah dan Che Ta Pot Pet telah tampil dengan satu video yang membuatkan ramai berpendapat ianya agak tidak wajar dimuatnaik, apatah lagi Vida yang sudah berusia umurnya.

Ketiga mereka dilihat telah menunjukkan bahagian punggung dengan menonggekkan badan mereka semua di belakang sebuah kereta.

Ada juga adegan menepuk bahagian punggung itu, untuk menyatakan siapa yang mempunyai bahagian itu yang paling baik.

Mendapat reaksi yang kurang baik dari orang ramai, Datuk Seri Vida tampil mempertahankan aksinya itu.

Jelas Datuk Seri Vida, itu merupakan caranya nak tayang asset. Ini komennya seperti yang dilaporkan portal Kosmo Online.

“Itu cara saya untuk nak tayang kekayaan aset selain duit saya. Mempunyai punggung yang cantik juga merupakan satu aset juga.”

“Terpulanglah orang ramai punya penerimaan akan tetapi jika kita dah berumur, tak bermakna, tak boleh tayang aset kita. Ada duit tak guna juga jika kendur sana sini.”

“Lagi pula, jika tengok, video tu kan kita bergurau dengan rakan-rakan yang rapat.”

Dalam pada itu, melalui laporan Kosmo juga, Vida nafi dirinay seornag yang jahil bab agama.

“Saya bukannya jahil berkenaan bab agama ni. Harapnya tolonglah jangan pandang yang tak baik saja. Sikit-sikit nak cakap pasal saya.”

“Hanya bergurau dengan rakan-rakan saja bukannya saya sampai joget sampai nak terkinja-kinja pun.”

Sebelum ini, video berkenaan mendapat reaksi yang kurang senang dari orang ramai dan ini termasuk dari penceramah PU Amin.

PU Amin berkata, video berkenaan agak memalukan dan risau jika ianya akan jadi ikutan terutama dari anak-anak.

“Malu anak ikut nanti, apalah nak jadi dengan bangsa kita, agama kita.”

Video berkenaan dimuatnaik di laman media sosial milik Liana Rosli.