Ramai terguris lihat lakonan Pu Azman marah ibu

2,693 views

Muncul melalui program Pencetus Ummah, nama PU Azman semakin dikenali ramai. Apatah lagi beliau sering berdakwah secara santai dan akan diselitkan dengan jenaka agar mudah diterima cara dakwahnya.

Ini membuatkan golongan muda, dan remaja termasuk rakan artis senang dengan cara Pu Azman berdakwah.

Selain sebagai seorang pendakwah bebas, PU Azman juga ada beberapa kali menjadi pengacara dan yang terbaru telah bergelar sebagai seorang pelakon.

Nampaknya, kesungguhan PU Azman berlakon memang dipuji setelah ada satu babak menunjukkan kehebatannya menjiwai watak yang diberikan.

PU Azman upload sebuah video di laman IG miliknya menunjukkan satu adegan di sebalik tabir dirinya sedang memarahi ibunya dalam drama itu hasil lakonan pelakon veteran Mak Engku.

Jelas di video tersebut, PU Azman bersungguh-sungguh menjiwai watak dan menengking watak ibunya itu.

Pu Azman akui memang susah juga untuk melakonkan watak berkenaan kerana selalu teringat ibunya yang sudah pergi buat selamanya.

“Sebenarnya agak berat aku nak bawak watak ni. Terus tingat arwah mak. Aku tidak lah betul-betul derhaka seperti i tu. Namun apabila babak melibatkan hubungan anak dan ibunya.”

“Terima kasih bapa iaitu Rashid Sibir kerana selalu bimbing saya dalam industry ini. Akan datang dalam episod 14 dalam drama Bila Syaitan Berbisik, arahan sutradara Rashid Sibir.”

Sememangnya Pu Azman mempunyai bakat yang besar dan lakonan tersebut menerima pelbagai pujian dari para follower termasuk rakan artis seperti Erra Fazira, Raja Shahiran dan Fafau.

Ramai menulis bahawa mereka terkesan dengan lakokan Pu Azman, sampai ada yang terguris melihat cara Pu Azman yang sedang marah itu.

Pu Azman membawa watak sebagai Shukur, seorang imam yang telah menyisihkan ibunya sendiri. Drama itu turut menyelitkan dakwah dan pengajaran tentang sikap dan perangai manusia.